1BestariNet: Muhyiddin ‘taichi’ dakwa Najib pilih YTL

PENGERUSI Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin mendakwa tidak terlibat dalam projek 1BestariNet bernilai RM4 bilion yang dikaitkan dengannbeliau.

Muhyiddin sebaliknya ‘taichi’ dakwaan siasatan terhadap projek 1BestariNet bernilai RM4 bilion kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Presiden Bersatu itu menegaskan, beliau tidak terlibat langsung dalam sangkaan buruk itu, sebab ia berlaku sewaktu beliau menjadi Menteri Pendidikan.

Menurut Muhyiddin, ketika itu projek terbabit dicadangkan untuk tender terbuka serta dilakukan secara tender terbuka antarabangsa.

Keputusan itu, katanya dibuat oleh Najib (selaku Perdana Menteri dan Menteri Kewangan) namun tidak membabitkan beliau.

“Dia (Najib) yang pilih, jadi kenapa ada yang membabitkan saya… kontrak pun saya tak tengok dan apa-apa peruntukan projek itu disediakan oleh Menteri Kewangan.

“Ini ada pula cerita baharu berkenaan soal tuntutan palsu, saya pun tak tahu. Ini pun saya tahu selepas baca surat khabar,” katanya memetik BH di Kluang pada Jumaat.

Ahli Parlimen Pagoh itu juga menyatakan tidak mengambil satu sen pun daripada projek 1BestariNet selepas namanya dikaitkan dengan siasatan terhadap projek 1BestariNet bernilai RM4 bilion.

“Wallahi, satu sen pun saya tak ambil,” kata Muhyiddin.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kelmarin dilapor menyerbu pejabat YTL Communications Sdn Bhd sebagai sebahagian siasatan terhadap projek yang bermula pada 2011.

Projek itu bermula semasa Muhyiddin menjadi Menteri Pendidikan yang mana Datuk Seri Najib Razak ketika itu sebagai Perdana Menteri dan Menteri Kewangan.

Muhyiddin berkata, beliau mengalu-alukan siasatan SPRM dijalankan kerana yakin tidak terbabit dalam projek kontroversi itu.

“Dulu dah pernah siasat dan dah pernah dibangkitkan, tapi senyap begitu sahaja. Sekarang timbul balik, apa sebab SPRM nak siasat, saya pun tak tahu.

“Ini ada pula cerita baharu berkenaan soal tuntutan palsu, saya pun tak tahu. Ini pun saya tahu selepas baca surat khabar,” katanya.

Terdahulu, SPRM dilapor menyita sejumlah dokumen berkaitan projek dianugerahkan kepada YTL Communications Sdn Bhd (YTL) pada 2011.

Pada 2019, Menteri Pendidikan ketika itu, Maszlee Malik, memutuskan untuk tidak menyambung kontrak YTL Communications.

Dua tahun kemudian, Maszlee mendakwa Muhyiddin mendesak perdana menteri ketika itu, Tun Dr Mahathir Mohamad, agar beliau meletak jawatan sebagai Menteri Pendidikan berkaitan dengan kontrak YTL Communications.

Related Posts

PDRM tingkat kawalan stesen minyak sempadan, Ops Tiris 4.0 digerakkan

PADANG BESAR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) melalui Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (JKDNKA) mempertingkatkan kawalan di stesen minyak berhampiran sempadan negara menerusi pelaksanaan Ops Tiris 4.0 bagi…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kekal harga diesel: Rakyat Sarawak rai inisiatif, zahir penghargaan buat Kerajaan MADANI

Oleh: JASMINE AE, NANA MOHAMAD, HAFIQ HASSAN & HELDA JULIE KUCHING – Keputusan Kerajaan MADANI mengekalkan harga bahan api diesel pada kadar RM2.15 seliter di Sarawak disambut baik dan disifatkan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Villa tewaskan Bologna, mara ke separuh akhir Liga Europa

Villa tewaskan Bologna, mara ke separuh akhir Liga Europa

Semua kementerian diarah semak status tanah tidak dibangunkan

Semua kementerian diarah semak status tanah tidak dibangunkan

MPP UMS hargai keprihatinan, usaha universiti tangani gangguan bekalan air di kampus

  • By Ynom
  • April 16, 2026
MPP UMS hargai keprihatinan, usaha universiti tangani gangguan bekalan air di kampus

Diwarmas rai Aidilfitri, seru warga emas terus kuasai ilmu digital

Diwarmas rai Aidilfitri, seru warga emas terus kuasai ilmu digital

SSM santuni asnaf, bekas tentera sempena ulang tahun ke-24

SSM santuni asnaf, bekas tentera sempena ulang tahun ke-24

‎Teruskan berkhidmat, perkukuh sektor agromakanan Sabah – Jamawi

‎Teruskan berkhidmat, perkukuh sektor agromakanan Sabah – Jamawi