Gambang Halal Park perintis hab halal negara

KUANTAN – Kewujudan Gambang Halal Park (GHP) bakal menjadi perintis kepada pengkhususan hab halal di negara ini dengan memfokuskan industri halal secara terperinci.

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, pembangunan GHP turut meliputi pelabuhan logisitik halal.

“Kita tahu sekarang ni masyarakat sangat ingin mengetahui produk tu datang dari mana, buat dari mana, proses dia macam mana.

“Jadi bila dah ada badan ataupun satu industri, ia memudahkan lagi di mana masyarakat tidak perlu mempertikaikan berbanding dengan sekarang ni tidak ada satu badan menentukan secara khusus perkara ini.

“Badan (berkaitan) itu ada… tapi secara khususnya tak ada lagi dan yang ini lagi baik daripada yang sedia ada,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook.

Katanya, GHP dijangka siap kira-kira setahun lagi, dapat memberi kemudahan berkenaan produk diimport ke negara ini dan taraf halal produk berkenaan.

“Hari ini kita membincangkan banyak perkara dan alhamdulillah saya diberi taklimat status pembangunan dan cadangan terkini pembangunan GHP.

“Dan yang menariknya ialah pembentangan oleh Kuantan Port Konsortium berkaitan ‘halal logistik port’ di mana ia dibuat secara menyeluruh sampai ke pelabuhan pun produk apa yang kita import dari luar negara… di situ lagi kita dah kenal pasti produk tersebut, keperluan halal atau tidak.

“Jadi, ia memudahkan urusan kita di Pahang,” katanya.

Related Posts

Koperasi Sabah perlu berani teroka industri pelancongan – SKM

KOTA KINABALU – Gerakan koperasi di Sabah disaran lebih berani memanfaatkan potensi besar sektor pelancongan sebagai sumber pertumbuhan ekonomi baharu melalui pembangunan produk, perkhidmatan dan jaringan perniagaan yang lebih kompetitif.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Rakyat Pahang perlu ambil peluang sertai program publisiti draf Rancangan Struktur negeri

KUANTAN – Semua rakyat negeri ini diseru mengambil peluang menyertai Program Publisiti dan Penyertaan Awam Draf Rancangan Struktur Negeri Pahang 2040 (Kajian Semula) bagi memastikan setiap perancangan pembangunan yang dirangka…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Nurul Izzah undur jawatan Timbalan Presiden PKR

Nurul Izzah undur jawatan Timbalan Presiden PKR

Ismail Sabri didakwa esok berkait kes pengisytiharan harta

Ismail Sabri didakwa esok berkait kes pengisytiharan harta

Koperasi Sabah perlu berani teroka industri pelancongan – SKM

Koperasi Sabah perlu berani teroka industri pelancongan – SKM

KLFW 2026 pemangkin produk tempatan ke pentas dunia

KLFW 2026 pemangkin produk tempatan ke pentas dunia

Rakyat Pahang perlu ambil peluang sertai program publisiti draf Rancangan Struktur negeri

Rakyat Pahang perlu ambil peluang sertai program publisiti draf Rancangan Struktur negeri

Polis klasifikasikan penemuan tulang sebagai kes bunuh

Polis klasifikasikan penemuan tulang sebagai kes bunuh