Lepasan STPM mula terima tawaran sambung pengajian

PUTRAJAYA – Seramai 71,290 daripada 105,424 permohonan pelajar lepasan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dan setaraf, ditawarkan tempat bagi melanjutkan pengajian di universiti awam.

Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) menerusi kenyataan memaklumkan sebanyak 1,114 program pengajian Sarjana Muda ditawarkan bagi sesi kali ini.

“Kemasukan pelajar ke institusi itu dibuat berasaskan prinsip meritokrasi dengan menyusun semua calon yang layak mengikut markah merit tertinggi hingga terendah,” kata KPT melalui satu kenyataan, hari ini.

Ujar kementerian itu, pihaknya membuka saluran peluang kedua melalui proses rayuan kepada calon yang tidak mendapat tawaran tempat pengajian.

Rayuan itu dibuka selama 10 hari melalui UPUOnline®️, bermula hari ini sehingga 5 petang, 15 September depan.

“Kementerian mengucapkan selamat maju jaya kepada semua calon yang berjaya dan semoga peluang menyambung pengajian di peringkat pendidikan tinggi digunakan sebaiknya,” katanya.

Related Posts

MCMC buka siasatan kes sebar maklumat palsu libatkan SPRM, Azam Baki

CYBERJAYA – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) memulakan siasatan terhadap seorang individu yang dipercayai menyebarkan kandungan palsu menerusi platform TikTok melibatkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) serta Ketua Pesuruhjayanya,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Majikan digesa wujudkan tempat kerja bebas tekanan dan toksik

PUTRAJAYA – Isu kesihatan mental di tempat kerja bukan lagi sekadar isu peribadi, sebaliknya memberi kesan langsung kepada produktiviti serta kesejahteraan organisasi. Ahli Majlis Penasihat Kesihatan Mental Kementerian Kesihatan (KKM),…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pesta Vaisakhi perkukuh perpaduan, tarik pelancong antarabangsa

Pesta Vaisakhi perkukuh perpaduan, tarik pelancong antarabangsa

Pasangan warga emas maut, cucu cedera kemalangan 2 kenderaan

Pasangan warga emas maut, cucu cedera kemalangan 2 kenderaan

Lebih 3,000 mohon jadi ahli UMNO secara dalam talian

Lebih 3,000 mohon jadi ahli UMNO secara dalam talian

Projek jalan RM47 juta pacu pembangunan sosioekonomi Muara Payang

Projek jalan RM47 juta pacu pembangunan sosioekonomi Muara Payang

Sultan Ibrahim perkenan pelantikan 14 hakim, 17 ahli MAINPP

Sultan Ibrahim perkenan pelantikan 14 hakim, 17 ahli MAINPP

Penunggang motosikal maut dirempuh lori simen

Penunggang motosikal maut dirempuh lori simen