Sindiket penipuan online ‘Multi WhatsApp Warmer’ tumpas

KUCHING – Taktik satu sindiket menggunakan aplikasi ‘Multi WhatsApp Warmer’ bagi menjerat mangsa dalam urusan permainan tidak wujud terbongkar selepas enam individu ditahan polis dalam serbuan di sebuah rumah kedai di Jalan Tun Jugah.

Ketua Polis Daerah Kuching, ACP Alexson Naga Chabu berkata, serbuan pada jam 2.13 petang itu dijalankan oleh sepasukan pegawai dan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Komersil, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching.

Menurutnya, hasil serbuan tersebut membawa kepada penangkapan empat lelaki dan dua wanita warga tempatan yang berusia di antara 18 hingga 35 tahun.

“Siasatan awal mendapati premis berkenaan dijadikan pusat panggilan (calling centre) yang beroperasi secara atas talian.

“Sindiket ini dikesan menyebarkan iklan tipu berkaitan permainan tidak wujud menggunakan aplikasi ‘Multi WhatsApp Warmer’ dengan menyasarkan warga tempatan sebagai mangsa,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Mengulas lanjut, Alexson berkata kesemua suspek dipercayai bekerja sepenuh masa menjalankan aktiviti tersebut.

Dalam operasi sama, polis turut merampas pelbagai peralatan termasuk komputer, telefon bimbit, kad SIM serta peranti berkaitan yang digunakan untuk menjalankan kegiatan penipuan itu.

“Kesemua suspek telah dibawa ke Mahkamah Majistret Kuching pada Khamis dan perintah reman selama empat hari telah diluluskan bagi membantu siasatan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu yang membawa hukuman penjara tidak kurang satu tahun dan tidak lebih 10 tahun, sebat serta denda. Siasatan turut dijalankan di bawah Seksyen 120(b) kanun sama atas kesalahan pakat jahat jenayah,” jelasnya.

Polis menyeru orang ramai supaya menyalurkan sebarang maklumat berkaitan jenayah dengan menghubungi Pusat Kawalan Daerah Kuching di talian 082-244444 atau tampil ke mana-mana balai polis berhampiran.

Related Posts

Tiga projek IKR bakal dilaksanakan di Permatang Lawang

KUANTAN – Tiga projek Inisiatif Kemudahan Rakyat (IKR) di bawah Kementerian Ekonomi akan dilaksanakan di kawasan Tanjung Lumpur dekat sini untuk kemudahan warga petani di situ. Ketua Cabang PKR Kuantan,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PN cadang sidang khas RCI Tabung Haji ditangguh susulan kesihatan PM

PN cadang sidang khas RCI Tabung Haji ditangguh susulan kesihatan PM

Bulan dan bintang hilang: Ke mana perginya para ‘Hero Malaya’?

Bulan dan bintang hilang: Ke mana perginya para ‘Hero Malaya’?

Pas fikir perpaduan, dia nampak setakat ibu jari kaki – Bekas MB Perlis

Pas fikir perpaduan, dia nampak setakat ibu jari kaki – Bekas MB Perlis

Tiga projek IKR bakal dilaksanakan di Permatang Lawang

Tiga projek IKR bakal dilaksanakan di Permatang Lawang

‘Direct to device’ bakal diuji, Tawau antara lokasi tumpuan

  • By Ithma
  • August 10, 2026
‘Direct to device’ bakal diuji, Tawau antara lokasi tumpuan

Gen Z dan masa depan negara, jangan sampai terlambat

Gen Z dan masa depan negara, jangan sampai terlambat