RM50,000 perluas peranan masjid inklusif, libatkan wanita

SEPANGGAR – Masjid bukan sekadar tempat ibadah, sebaliknya perlu dihidupkan sebagai pusat pembangunan masyarakat yang aktif dan inklusif, khususnya melibatkan golongan wanita.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak) merangkap Ahli Parlimen Sepanggar, Datuk Mustapha Sakmud berkata, sumbangan tersebut adalah bagi tujuan menaik taraf ruang kosong di masjid berkenaan.

“Sumbangan ini akan dimanfaatkan bagi membangunkan bilik serbaguna yang boleh digunakan untuk pelbagai aktiviti kemasyarakatan termasuk mesyuarat, kuliah agama, ceramah, majlis akad nikah, selain ruang solat berjemaah dan solat tarawih khusus untuk jemaah wanita.

“Usaha menghidupkan institusi masjid telah digerakkan sejak tiga tahun lalu, namun mengakui tahap pengimarahan masjid masih berbeza-beza.

“Memang sekarang ini sudah tiga tahun kita gerakkan usaha untuk menghidupkan masjid. Ada masjid yang aktif, ada juga yang kurang aktif,” katanya ketika berucap pada majlis penyerahan sumbangan tersebut, di sini pada Ahad.

Tambah Mustapha pihaknya telah memperkenalkan Program Masjid Di Hatiku, satu inisiatif yang memberi penekanan khusus kepada penglibatan golongan wanita dalam aktiviti masjid.

“Program Masjid Di Hatiku ini kita sasarkan kepada wanita. Kita mahu gerakkan subah wanita supaya masjid benar-benar menjadi pusat pembelajaran dan pembangunan rohani.

“Program Masjid Di Hatiku juga dianjurkan sebagai satu usaha bersepadu untuk memperkukuh hubungan masyarakat dengan masjid dan surau, sekali gus menjadikannya pusat pembinaan sahsiah, pembelajaran ilmu dan perpaduan ummah,” jelasnya.

Sementara itu, Pengerusi Masjid Al-Falah, Puasah @ Kusman Ribut, merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas sumbangan yang diberikan.

“Saya ingin mengucapkan banyak-banyak terima kasih atas keprihatinan Datuk menyampaikan sumbangan dana bagi menaik taraf Masjid Al-Falah ini. Insya-Allah, sumbangan ini akan digunakan dengan sebaik-baiknya,” katanya.

Terdahulu Mustapha turut mengadakan lawatan ke Surau Al-Jannah, Taman Sepanggar dan Masjid Al-Kausar, Kampung Karambunai.

Related Posts

Hari Malaysia wajar disambut bergilir, ketengahkan sejarah MA63 – TYT Sarawak

KUCHING – Sambutan Hari Malaysia Peringkat Kebangsaan pada masa hadapan disaran agar diraikan secara bergilir-gilir di setiap negeri di seluruh negara bagi memupuk semangat perpaduan nasional yang lebih utuh. Yang…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sarawak pacu ekonomi hijau, sasar wilayah berpendapatan tinggi menjelang 2030

KUCHING – Sarawak di bawah kepemimpinan Gabungan Parti Sarawak (GPS) terus membuktikan komitmen menerusi pendekatan “cakap serupa bikin” dalam merancakkan pembangunan negeri berlandaskan Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030.  Premier…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Hari Malaysia wajar disambut bergilir, ketengahkan sejarah MA63 – TYT Sarawak

Hari Malaysia wajar disambut bergilir, ketengahkan sejarah MA63 – TYT Sarawak

Semenanjung boleh teladani keharmonian kepimpinan Sabah, Sarawak – PMX

Semenanjung boleh teladani keharmonian kepimpinan Sabah, Sarawak – PMX

Sarawak pacu ekonomi hijau, sasar wilayah berpendapatan tinggi menjelang 2030

Sarawak pacu ekonomi hijau, sasar wilayah berpendapatan tinggi menjelang 2030

UMNO perlu tampil jelaskan kemelut Negeri Sembilan yang memalukan – Puad Zarkashi

UMNO perlu tampil jelaskan kemelut Negeri Sembilan yang memalukan – Puad Zarkashi

Penambahbaikan BUDI Diesel signifikan kepada rakyat Sabah, Sarawak

  • By Ithma
  • September 17, 2026
Penambahbaikan BUDI Diesel signifikan kepada rakyat Sabah, Sarawak

Aminuddin persoal kuasa EXCO tentukan kedudukan Tuanku Muhriz

Aminuddin persoal kuasa EXCO tentukan kedudukan Tuanku Muhriz