Masjid perlu jadi pusat pembangunan insan – Mustapha

SEPANGGAR – Masjid bukan sekadar tempat ibadah, sebaliknya perlu berperanan sebagai institusi masyarakat dan pusat pembangunan insan selaras dengan tradisi ketamadunan Islam, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah dan Sarawak), Datuk Ts Mustapha Sakmud.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Sepanggar berkata, program berkenaan yang kini memasuki siri ke-11 menerima sambutan amat menggalakkan, sekali gus membuktikan masjid kekal relevan sebagai nadi penyatuan masyarakat setempat.

“Inilah hasrat kita di Parlimen Sepanggar ini untuk kita memastikan bahawa masjid kita hidup diimarahkan dan kita akan dapat memberi manfaat kepada masyarakat Islam di sekitar masjid.

“Kita mahu supaya seperti juga dalam tradisi, ketamadunan Islam, kita mahu supaya masjid ini menjadi institusi masyarakat,” ujarnya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas merasmikan Program Masjid di Hatiku: ‘Ke Arah Pembinaan Masyarakat MADANI Masjid Cinta Hatiku’ di Masjid Al-Kauthar, Kampung Karambunai, di sini pada Ahad.

Pada majlis itu, beliau turut memberi sumbangan Ramadan kepada 29 masjid dan surau di DUN Karambunai dengan peningkatan kadar sumbangan, iaitu RM1,000 bagi masjid dan RM500 bagi surau, berbanding RM500 dan RM300 sebelum ini.

Mustapha berkata, peningkatan sumbangan itu mencerminkan komitmen berterusan Parlimen Sepanggar dalam menyokong aktiviti keagamaan dan kebajikan komuniti.

“Sekiranya terdapat mana-mana masjid atau surau yang masih belum menerima sumbangan, pihak pengurusan boleh menghubungi Pejabat Parlimen Sepanggar untuk tindakan lanjut.

“Usaha ini diharapkan dapat terus membantu memperkasa peranan institusi masjid dan surau serta menyemai semangat kebersamaan dalam kalangan masyarakat.

“Jadi, ini yang kita mahu di Sepanggar ini dan kita akan gerakkan usaha kita. Terutama Masjid di Hatiku ini.

“Kita akan pergi ke semua masjid dan juga kalau ada surau yang ingin menerima program ini untuk kita bersama-sama membangunkan insan dan warganegara baik di Sepanggar ini,” ujarnya.

Sebagai rekod, program berkenaan turut mendapat kerjasama daripada SALWA, Persatuan Sukarelawan dan Kebajikan Wanita Sabah (UKKWA), Pusat Zakat Sabah serta Masjid Al-Kauthar Karambunai.

Related Posts

SPRM tahan penjawat awam disyaki kemuka dokumen butiran palsu kira-kira RM1.3 juta

KOTA KINABALU – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah menahan seorang penjawat awam kerana disyaki mengemukakan dokumen mengandungi butir matan palsu melibatkan tuntutan kerja-kerja pembersihan berjumlah kira-kira RM1.3 juta. Menurut…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tujuh lelaki warga asing ditahan cuba ceroboh sempadan

PADANG BESAR – Cubaan kemasukan pendatang asing tanpa izin (PATI) melalui laluan haram di sempadan negara berjaya dipatahkan dalam Ops Pintas Kayang yang dilaksanakan di sekitar Padang Besar semalam. Ketua…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

SPRM tahan penjawat awam disyaki kemuka dokumen butiran palsu kira-kira RM1.3 juta

SPRM tahan penjawat awam disyaki kemuka dokumen butiran palsu kira-kira RM1.3 juta

Tujuh lelaki warga asing ditahan cuba ceroboh sempadan

Tujuh lelaki warga asing ditahan cuba ceroboh sempadan

Malaysia tegas lindungi kepentingan rakyat dalam dunia tidak menentu

Malaysia tegas lindungi kepentingan rakyat dalam dunia tidak menentu

Perasmian MRSM Dungun perkukuh agenda STEM, lahir generasi Ulul Albab

Perasmian MRSM Dungun perkukuh agenda STEM, lahir generasi Ulul Albab

Ops Tiris 4.0: Pasukan petugas khas Sabah dan Labuan ditubuh bagi perkukuh penguatkuasaan

  • By Ynom
  • April 20, 2026
Ops Tiris 4.0: Pasukan petugas khas Sabah dan Labuan ditubuh bagi perkukuh penguatkuasaan

JPJ Melaka sita 5 kenderaan mewah nilai RM2.2 juta

JPJ Melaka sita 5 kenderaan mewah nilai RM2.2 juta