SAN Apas Balung perintis pembelajaran AI di Malaysia

TAWAU – Sabah mencatat sejarah baharu apabila Sekolah Agama Negeri (SAN) Apas Balung selepas muncul sebagai sekolah agama pertama di Malaysia yang menggunakan teknologi Kecerdasan Buatan (AI) dalam sistem pembelajarannya.

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Mohd Noor berkata, SAN ini siap sepenuhnya dalam tempoh tiga bulan sejak November tahun lalu hasil sumbangan derma orang ramai.

Beliau berkata, penggunaan teknologi AI dalam sekolah agama merupakan satu langkah ke hadapan yang selari dengan keperluan semasa serta cabaran pendidikan masa depan.

“Sekolah agama ini yang pertama menggunakan AI dan siap hanya tiga bulan hasil derma sebagai permulaan dan selebihnya Kerajaan Negeri akan membantu untuk membesarkan lagi sekolah agama ini.

“Zaman sekarang ini kita memerlukan teknologi yang agak canggih untuk kita maju ke depan bukan sahaja sekolah biasa terapi termasuk di SAN serta Sekolah Agama Rakyat,” katanya kepada media selepas merasmikan bangunan baharu SAN Apas Balung di Taman Sawit, di sini, pada Sabtu.

Turut hadir, Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan merangkap Exco Agama negeri, Datuk Dr. Mohd Arifin Mohd Arif; Menteri Pendidikan, Sains, Teknologi dan Inovasi negeri, Datuk James Ratib; Menteri Pembangunan Belia, Kemajuan Sukan dan Ekonomi Kreatif negeri, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan dan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Marhamah Rosli.

SAN Apas Balung kini menyediakan lapan kelas yang menampung 300 murid darjah 1 hingga 6 dengan dua sesi pembelajaran.

Mengenai kesinambungan kewujudan Sekolah Menengah Agama Negeri (SMAN) di kawasan tersebut, Hajiji turut menyokong penuh perkara terbabit.

“Satu cadangan yang cukup baik kerana bagi kita SMAN perlu diperluaskan lagi atau ditambah lagi bilangannya di Sabah kerana keperluan masyarakat Islam amat tinggi.

“Jadi perancangan itu cukup baik, Sekolah Menengah dan seterusnya mungkin Universiti Islam dan sebagainya,” katanya.

Related Posts

Kg Bahagia digazet, buka laluan kepada pembangunan lebih sistematik

SANDAKAN – Kerajaan akan mempertingkat usaha pembangunan serta penempatan semula penduduk di Kampung (Kg) Bahagia susulan tragedi kebakaran besar yang memusnahkan ratusan rumah di kawasan berkenaan, awal pagi Ahad. Ahli…

Lebih lanjut

teruskan membaca
3 maut ditembak dalam restoran

KOTA TINGGI – Tiga individu maut selepas ditembak dalam satu kejadian di sebuah restoran sekitar bandar ini pada jam kira-kira 1.30 tengah hari tadi. Ketua Polis Johor, Datuk Ab Rahaman…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kg Bahagia digazet, buka laluan kepada pembangunan lebih sistematik

Kg Bahagia digazet, buka laluan kepada pembangunan lebih sistematik

3 maut ditembak dalam restoran

3 maut ditembak dalam restoran

PRU16: Harapan Rakyat kerjasama, pastikan kemenangan GRS

PRU16: Harapan Rakyat kerjasama, pastikan kemenangan GRS

Kebakaran Sandakan: 1,000 rumah terjejas, lebih 9,000 penduduk terlibat

Kebakaran Sandakan: 1,000 rumah terjejas, lebih 9,000 penduduk terlibat

Lelaki tempatan ditahan positif dadah dalam Operasi Khas di Roban

Lelaki tempatan ditahan positif dadah dalam Operasi Khas di Roban

UMNO Jerantut yakin mampu cabar pembangkang dalam PRU16

UMNO Jerantut yakin mampu cabar pembangkang dalam PRU16