PM arah Jemaah Menteri perkukuh integriti – Fahmi

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan semua anggota Jemaah Menteri supaya memperkukuh aspek integriti dalam pentadbiran kerajaan, susulan pendedahan beberapa kes salah laku dan rasuah yang melibatkan pengurusan tertinggi jabatan serta agensi kerajaan.

Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Datuk Fahmi Fadzil berkata, arahan itu turut menekankan keperluan setiap menteri memberi perhatian serius terhadap isu penguatkuasaan yang sebelum ini telah ditegur oleh Perdana Menteri.

Menurutnya, penegasan berkenaan penting bagi memastikan tindakan penguatkuasaan dilaksanakan secara berkesan dan konsisten, sekali gus memelihara keyakinan rakyat terhadap institusi kerajaan.

“Perdana Menteri minta supaya beberapa isu terutama aspek penguatkuasaan yang Perdana Menteri tegur dalam perhimpunan bulanan baru-baru ini diberikan penegasan oleh anggota Jemaah Menteri.

“Ini kerana kalau kita lihat beberapa tindakan yang diambil oleh badan penguatkuasaan (terhadap kes ketua jabatan kerajaan) menunjukkan mungkin beberapa sikap yang tidak membantu, itu menghakis keyakinan rakyat terhadap institusi (kerajaan),” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media mingguan pasca Kabinet di Putrajaya, hari ini.

Related Posts

Laporan RCI TH akan diserah kepada pihak berkuasa untuk siasatan lanjut

PUTRAJAYA – Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berkaitan Lembaga Tabung Haji (TH) akan diserahkan kepada pihak berkuasa untuk siasatan menyeluruh berdasarkan segala dapatan dan maklumat yang terkandung dalam laporan itu.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Operasi serentak seluruh negara, 1,043 warga asing ditahan

KUALA LUMPUR – Seramai 1,043 warga asing ditahan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dalam Operasi Penguatkuasaan Bersepadu yang dilaksanakan serentak di seluruh negara pada 10 dan 11 Ogos lalu. Operasi berkenaan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tangki minyak ‘menyamar’ jadi tayar ganti, helah seludup petrol terbongkar

Tangki minyak ‘menyamar’ jadi tayar ganti, helah seludup petrol terbongkar

Laporan RCI TH akan diserah kepada pihak berkuasa untuk siasatan lanjut

Laporan RCI TH akan diserah kepada pihak berkuasa untuk siasatan lanjut

UMNO Pahang terbuka jalin kerjasama dengan mana-mana parti

UMNO Pahang terbuka jalin kerjasama dengan mana-mana parti

Operasi serentak seluruh negara, 1,043 warga asing ditahan

Operasi serentak seluruh negara, 1,043 warga asing ditahan

RON97 turun 20 sen, RON95 tanpa subsidi turun 15 sen

RON97 turun 20 sen, RON95 tanpa subsidi turun 15 sen

Teguran buahkan hasil, KSN puji kualiti kemudahan I-LEAD Park INSARA

Teguran buahkan hasil, KSN puji kualiti kemudahan I-LEAD Park INSARA