Dua wanita ditahan beri maklumat palsu permohonan IC ‎

TAWAU – Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Negeri Sabah menahan dua wanita dalam dua kes berasingan atas kesalahan memberikan maklumat palsu berkaitan permohonan dokumen pengenalan diri.JPN Sabah dalam kenyataan berkata, tangkapan pertama membabitkan wanita tempatan kira-kira pukul 12.00 tengah hari di JPN Tawau.

“Siasatan awal mendapati suspek telah memberikan maklumat palsu sebagai pemohon bagi permohonan Daftar Lewat Kad Pengenalan di JPN Daerah Tawau,” kata kenyataan itu, pada Khamis.

Sementara itu, seorang lagi warga emas ditahan kira-kira pukul 2 petang selepas dipercayai memberikan maklumat palsu sebagai penganjur yang mengaku sebagai ibu semasa permohonan kad pengenalan yang dibuat di JPN Kinabatangan.

Kedua-dua kes disiasat di bawah Peraturan 25(1)(b), Peraturan-Peraturan Pendaftaran 1990 (Pindaan 2007) yang memperuntukkan hukuman penjara tidak melebihi tiga (3) tahun, atau denda tidak melebihi RM20,000, atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

JPN Sabah menegaskan komitmen berterusan dalam memperkukuh integriti sistem pendaftaran negara serta tidak akan berkompromi terhadap sebarang bentuk pemalsuan maklumat atau penipuan dokumen rasmi, demi menjaga keselamatan dan kedaulatan sistem pengenalan diri negara.

Related Posts

Rokok seludup hampir RM37,000 dirampas di Kota Bharu

KOTA BHARU – Sepasang suami isteri ditahan selepas dipercayai terlibat dalam kegiatan menyimpan dan menjual rokok seludup dalam serbuan di sebuah rumah di Kampung Binjai Manis, petang semalam. Pasukan Gerakan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Cubaan seludup 2,400 anak pokok dari Thailand gagal

RANTAU PANJANG – Cubaan seorang lelaki membawa masuk secara haram 2,400 anak pokok pelbagai jenis dari Thailand menggunakan sebuah lori gagal apabila ditahan Pasukan Gerakan Am (PGA) di Jalan Lubok…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pemisahan kuasa AG dan PP jangan sekadar kompromi politik, harus ada ketelusan

Pemisahan kuasa AG dan PP jangan sekadar kompromi politik, harus ada ketelusan

Rokok seludup hampir RM37,000 dirampas di Kota Bharu

Rokok seludup hampir RM37,000 dirampas di Kota Bharu

Cubaan seludup 2,400 anak pokok dari Thailand gagal

Cubaan seludup 2,400 anak pokok dari Thailand gagal

Sambutan Hari Gawai DUN Kabong meriah, perkukuh perpaduan masyarakat

Sambutan Hari Gawai DUN Kabong meriah, perkukuh perpaduan masyarakat

“Game Is On!” – Anthony Loke isyarat PH sedia hadapi PRN serentak Johor, Negeri Sembilan

“Game Is On!” – Anthony Loke isyarat PH sedia hadapi PRN serentak Johor, Negeri Sembilan

Johor perlukan kestabilan, Malaysia perlukan kesinambungan – Presiden AMANAH

Johor perlukan kestabilan, Malaysia perlukan kesinambungan – Presiden AMANAH