Komik jadi medium perkasa literasi digital warga emas

KUCHING – Kelas Digital Warga Emas Kuching (Diwarmas) menganjurkan Pertandingan Mereka Komik bertemakan ‘Warga Emas Ceria’ sebagai usaha memperkasa penglibatan warga emas dalam aktiviti kreatif serta meningkatkan literasi digital, hari ini.

Program yang berlangsung di Konferen 1, Pustaka Negeri Sarawak itu bertujuan memberi pendedahan kepada warga emas mengenai penggunaan teknologi digital secara praktikal melalui pendekatan santai dan mesra pengguna.

Menurut penganjur, pertandingan tersebut bukan sekadar aktiviti pengisian masa lapang, malah berperanan sebagai medium pembelajaran yang merangkumi kemahiran komunikasi, kreativiti visual, penyampaian maklumat serta interaksi sosial dalam kalangan warga emas.

“Pendekatan melalui penghasilan komik membolehkan peserta memahami teknologi digital dengan lebih mudah, selain menggalakkan keyakinan diri dan kreativiti,” katanya.

Program itu turut menampilkan pelawak Sarawak, Lan Perey, sebagai juri jemputan. Penglibatan beliau dilihat mampu menjadi penghubung antara komuniti warga emas dan masyarakat umum, selain menyampaikan mesej kesedaran digital menerusi pendekatan humor dan penceritaan visual.

Pemilihan Lan Perey juga selari dengan konsep pertandingan yang menekankan elemen kreativiti, mesej positif dan penceritaan visual, sekali gus memberi inspirasi kepada peserta untuk berkarya dengan lebih berani.

Majlis penutup diserikan dengan penyampaian hadiah kepada para pemenang oleh Lan Perey bersama wakil Pustaka Negeri Sarawak, Puan Ong Soon Foong, sebagai simbol sokongan terhadap pembelajaran sepanjang hayat dan pembangunan komuniti warga emas.

Diwarmas memaklumkan, penganjuran program seumpama ini akan diteruskan sebagai platform penyampaian maklumat berkaitan kepentingan digital dalam kehidupan seharian, selain menggalakkan kerjasama berterusan antara institusi, penggiat seni, pempengaruh dan media demi pembangunan program berkualiti untuk warga emas.

Related Posts

Lawatan ke ESS Zone ruang wakil asing nilai tahap keselamatan Sabah Timur

SANDAKAN – Program lawatan ke Zon Selamat Timur Sabah (ESS Zone) yang disertai 14 wakil diplomatik dan perwakilan asing memberi peluang kepada wakil asing melihat sendiri tahap keselamatan, keamanan dan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pelancong asing salah guna PLS untuk berniaga dikenakan tindakan tegas – Saifuddin

SANDAKAN – Kerajaan memberi amaran dengan mengambil tindakan tegas terhadap pelancong asing yang menyalahgunakan Pas Lawatan Sosial (PLS) untuk menjalankan aktiviti perniagaan di kawasan pelancongan. Menteri Dalam Negeri, Datuk Saifuddin…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kerajaan MADANI pastikan semua kaum, aliran pendidikan terbela – PMX

Kerajaan MADANI pastikan semua kaum, aliran pendidikan terbela – PMX

Lawatan ke ESS Zone ruang wakil asing nilai tahap keselamatan Sabah Timur

Lawatan ke ESS Zone ruang wakil asing nilai tahap keselamatan Sabah Timur

Peruntukan pertahanan dijangka terus dipertingkat dalam Belanjawan 2027 – Anwar

Peruntukan pertahanan dijangka terus dipertingkat dalam Belanjawan 2027 – Anwar

Pelancong asing salah guna PLS untuk berniaga dikenakan tindakan tegas – Saifuddin

Pelancong asing salah guna PLS untuk berniaga dikenakan tindakan tegas – Saifuddin

Bukan salah bangsa, tetapi cara kita berfikir

Bukan salah bangsa, tetapi cara kita berfikir

Pahang peruntuk RM12 juta untuk SUKMA, Para SUKMA Selangor

Pahang peruntuk RM12 juta untuk SUKMA, Para SUKMA Selangor