Warga emas hilang di Mukah dijumpai selamat

MUKAH – Seorang wanita warga emas berusia 83 tahun yang dilaporkan hilang sejak petang Rabu di Kampung Skoyan, Mukah, ditemui selamat oleh penduduk kampung pada pagi Khamis.

Menurut Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, mangsa, Ibek Ibut, dipercayai keluar dari rumah kira-kira pukul 6.40 petang untuk ke arah sungai atau kebun berhampiran.

“Apabila mangsa tidak kembali, ahli keluarga mula mencari di sekitar kawasan tetapi gagal menemuinya. Keadaan itu mendorong ahli keluarga membuat laporan kepada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Mukah pada pukul 8.46 malam,” katanya.

Susulan itu, pasukan bomba yang diketuai PBK I Stephen Plen tiba di lokasi pada pukul 9.10 malam dan memulakan operasi mencari dan menyelamat sejauh 24 kilometer dari lokasi.

“Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan penduduk kampung turut membantu dalam operasi ini,” jelasnya

Mengulas lanjut, mangsa akhirnya ditemui kira-kira satu kilometer dari lokasi rumahnya pada pukul 8.01 pagi Khamis oleh penduduk kampung dalam keadaan selamat.

“Mangsa kemudian dibawa oleh ahli keluarga ke hospital untuk pemeriksaan lanjut. Operasi tamat sepenuhnya pada pukul 8.30 pagi,” tambahnya

Operasi tersebut melibatkan tiga anggota JBPM Mukah dengan menggunakan satu jentera Hilux.

Related Posts

Dua maut, dua cedera dalam kemalangan di Manek Urai

KUALA KRAI – Dua individu maut manakala dua lagi cedera dalam satu kemalangan jalan raya membabitkan dua kenderaan di Manek Urai, di sini, hari ini. Kejadian yang berlaku di Jalan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
DAP saran persempadanan semula 7 DUN Johor, elak ketidakseimbangan pengundi

ISKANDAR PUTERI – Parti Democratic Action Party (DAP) menggesa kerajaan negeri Johor mempertimbangkan pelaksanaan persempadanan semula melibatkan tujuh kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dikenal pasti mempunyai jumlah pengundi terlalu…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Dua maut, dua cedera dalam kemalangan di Manek Urai

Dua maut, dua cedera dalam kemalangan di Manek Urai

DAP saran persempadanan semula 7 DUN Johor, elak ketidakseimbangan pengundi

DAP saran persempadanan semula 7 DUN Johor, elak ketidakseimbangan pengundi

Penganggur mengaku tidak bersalah miliki diesel tanpa lesen

Penganggur mengaku tidak bersalah miliki diesel tanpa lesen

DBKK-MYSA meterai MoU, pacu bandaraya berteraskan data

DBKK-MYSA meterai MoU, pacu bandaraya berteraskan data

UNIMAS diiktiraf Pusat Latihan Kekompetenan Gas dan Elektrik

UNIMAS diiktiraf Pusat Latihan Kekompetenan Gas dan Elektrik

Lelaki hina Yang di-Pertuan Agong didenda RM5,000, penjara tiga bulan

Lelaki hina Yang di-Pertuan Agong didenda RM5,000, penjara tiga bulan