Warga Kazakhstan hilang, ditemukan selamat di pantai Shangrila

TUARAN – Seorang lelaki warga Kazakhstan ditemukan selamat selepas dilaporkan hilang semasa menjalankan aktiviti mandi-manda di pantai Resort Shangrila Rasa Ria, di sini pada Khamis.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyalamat (BBP) Tuaran, Norkizan Durudin berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan (MERS999) pada pukul 8.19 pagi.

“26 minit selepas panggilan MERS999, lapan anggota bomba bersama Jentera penyelamat tiba di lokasi kejadian bagi menjalankan operasi mencari dan menyelamat (SAR).

“Kejadian pagi ini melibatkan seorang mangsa lelaki warganegara Kazakhstan yang telah dikhuatiri lemas ketika sedang menjalankan aktiviti mandi-manda di pantai.

“Mangsa kemudian ditemui selamat dalam keadaan separuh sedar oleh kakitangan resort berkenaan,” katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Identiti mangsa dikenal pasti sebagai Serik Tazabayex, 69, telah diserahkan kepada pegawai Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut.

Operasi berjaya dikawal pada pukul 8.55 pagi dan ditamatkan sepenuhya pada pukul 9 pagi.

Related Posts

Kilang pasang Jalur Gemilang, bendera Johor terbalik diarah tutup serta-merta

KULAI – Majlis Perbandaran Kulai Majlis Perbandaran Kulai (MPKu) menutup serta-merta sebuah kilang dalam kawasan perindustrian, di sini kerana didapati memasang Jalur Gemilang dan bendera Johor secara terbalik. Pengerusi Jawatankuasa…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Lelaki ugut cederakan individu guna pedang direman

KANGAR – Gara-gara perselisihan faham berkaitan isu peribadi, seorang lelaki yang bertindak membuat hantaran berunsur ugutan untuk mencederakan individu lain menggunakan sebilah pedang, ditahan polis. Pemangku Ketua Polis Perlis, Senior…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kilang pasang Jalur Gemilang, bendera Johor terbalik diarah tutup serta-merta

Kilang pasang Jalur Gemilang, bendera Johor terbalik diarah tutup serta-merta

Lelaki ugut cederakan individu guna pedang direman

Lelaki ugut cederakan individu guna pedang direman

Pas, PN perlu buktikan kemampuan tadbir negara, bukan sekadar retorik – Ibrahim Ali

Pas, PN perlu buktikan kemampuan tadbir negara, bukan sekadar retorik – Ibrahim Ali

RM4.3 juta diluluskan untuk tiga hospital di Sabah

RM4.3 juta diluluskan untuk tiga hospital di Sabah

Pemansuhan AUKU: UNIMAS sambut baik usaha KPT perkasa perundangan pendidikan tinggi

Pemansuhan AUKU: UNIMAS sambut baik usaha KPT perkasa perundangan pendidikan tinggi

Pusat Jantung Sabah dijangka beroperasi suku ketiga 2029

  • By Fatin
  • August 17, 2026
Pusat Jantung Sabah dijangka beroperasi suku ketiga 2029