Dua pegawai agensi penguatkuasa ditahan minta rasuah RM10,000

KUCHING – Dua pegawai agensi penguatkuasa ditahan reman oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sarawak kerana disyaki meminta rasuah RM10,000.

Difahamkan dua pegawai terbabit meminta rasuah sebanyak RM10,000 sebagai balasan tidak mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap beberapa pekerja warga asing di sebuah syarikat.

Selain itu, perintah reman selama lima hari terhadap kedua-dua suspek lelaki berusia lingkungan 30-an dikeluarkan oleh Majistret Syarifah Fatimah Azura Wan Ali selepas permohonan dibuat SPRM di Mahkamah Majistret Kuching, pagi tadi.

Kedua-dua suspek tersebut dipercayai meminta wang bernilai RM10,000 daripada pemilik syarikat supaya tidak dikenakan tindakan kerana mengambil pekerja asing yang tidak memiliki permit yang sah.

“Selepas itu, kedua-dua suspek ditahan di antara 7 malam hingga 8.30 malam di restoran segera di Sri Aman.

Pengarah SPRM Sarawak Hasbilah Mohamad Salleh turut mengesahkan tangkapan ini dan kedua-dua suspek tersebut disiasat di bawah Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.

Related Posts

Kilang pasang Jalur Gemilang, bendera Johor terbalik diarah tutup serta-merta

KULAI – Majlis Perbandaran Kulai Majlis Perbandaran Kulai (MPKu) menutup serta-merta sebuah kilang dalam kawasan perindustrian, di sini kerana didapati memasang Jalur Gemilang dan bendera Johor secara terbalik. Pengerusi Jawatankuasa…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Lelaki ugut cederakan individu guna pedang direman

KANGAR – Gara-gara perselisihan faham berkaitan isu peribadi, seorang lelaki yang bertindak membuat hantaran berunsur ugutan untuk mencederakan individu lain menggunakan sebilah pedang, ditahan polis. Pemangku Ketua Polis Perlis, Senior…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kilang pasang Jalur Gemilang, bendera Johor terbalik diarah tutup serta-merta

Kilang pasang Jalur Gemilang, bendera Johor terbalik diarah tutup serta-merta

Lelaki ugut cederakan individu guna pedang direman

Lelaki ugut cederakan individu guna pedang direman

Pas, PN perlu buktikan kemampuan tadbir negara, bukan sekadar retorik – Ibrahim Ali

Pas, PN perlu buktikan kemampuan tadbir negara, bukan sekadar retorik – Ibrahim Ali

RM4.3 juta diluluskan untuk tiga hospital di Sabah

RM4.3 juta diluluskan untuk tiga hospital di Sabah

Pemansuhan AUKU: UNIMAS sambut baik usaha KPT perkasa perundangan pendidikan tinggi

Pemansuhan AUKU: UNIMAS sambut baik usaha KPT perkasa perundangan pendidikan tinggi

Pusat Jantung Sabah dijangka beroperasi suku ketiga 2029

  • By Fatin
  • August 17, 2026
Pusat Jantung Sabah dijangka beroperasi suku ketiga 2029