Bot bawa tujuh tan minyak sawit tanpa permit ditahan

SANDAKAN – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim) Zon Maritim Sandakan menahan sebuah bot yang disyaki membawa kira-kira tujuh tan minyak sawit mentah tanpa kebenaran dalam satu operasi penguatkuasaan di perairan Sandakan awal pagi Rabu.

Pengarah Zon Maritim Sandakan Kepten Maritim Muhamad Suhairy Hussain berkata, bot itu ditahan oleh kapal peronda yang sedang melaksanakan Op Sejahtera, Op Pluto Timur, Op Cegah PATI dan Op Tiris pada kedudukan kira-kira 0.8 batu nautika tenggara Kampung (kg) Gas pada pukul 12.55 pagi selepas dikesan bergerak dalam keadaan mencurigakan.

“Bot berkenaan dikendalikan seorang lelaki warga tempatan berusia 38 tahun bersama seorang lelaki warga asing berusia 42 tahun, namun kedua-duanya gagal mengemukakan sebarang dokumen berkaitan pemilikan serta pengangkutan minyak sawit mentah semasa pemeriksaan dijalankan.

“Hasil pemeriksaan mendapati bot tersebut membawa kira-kira tujuh tan minyak sawit mentah yang disyaki tanpa permit atau kebenaran sah daripada Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB).

“Kes disiasat di bawah Akta Lembaga Minyak Sawit Malaysia 1998 (Akta 582) kerana gagal mempamerkan Ikrar Pergerakan Domestik MPOB,” katanya dalam satu kenyataan, pada Rabu.

Selain itu, kes turut disiasat mengikut Enakmen Pelabuhan dan Dermaga Sabah 2002 serta Peraturan-Peraturan Pelabuhan dan Dermaga (Kapal Kecil Berlesen Sabah) 2008 atas kesalahan gagal mempamerkan lesen, tidak mempamerkan nombor pendaftaran dan membawa muatan minyak sawit mentah tanpa kebenaran.

Tambahnya, kedua-dua suspek bersama bot dan muatan yang dianggarkan bernilai RM75,000 telah diiring masuk ke Jeti Zon Maritim Sandakan bagi siasatan lanjut oleh pegawai penyiasat Maritim dengan kerjasama MPOB.

Dalam pada itu, Maritim akan terus memperketat rondaan dan penguatkuasaan bagi membanteras sebarang pelanggaran undang-undang di perairan negara.

Sehubungan itu, orang awam yang mempunyai maklumat berkaitan aktiviti mencurigakan diminta menghubungi Pusat Operasi Maritim Sandakan di talian 089-229504 atau talian kecemasan 999.

Related Posts

Wawasan tembusi tiga bahagian Bersatu Perlis

ARAU – Parti Wawasan Negara (Wawasan) terus melebarkan pengaruhnya di Perlis apabila sebahagian besar pimpinan Bersatu Bahagian Arau bersama 10 ketua cawangan mengumumkan keluar parti dan menyertai parti berkenaan. Perkembangan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Dua kenderaan bertembung, dua maut

KUANTAN – Dua maut manakala seorang dilaporkan cedera dalam kemalangan dua kenderaan di Jalan Gambang–Maran berhampiran simpang Kampung Paya Rambutan dekat sini, tengah hari tadi. Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Anwar ke New Delhi sertai Sidang Kemuncak BRICS ke-18

Anwar ke New Delhi sertai Sidang Kemuncak BRICS ke-18

Mahfuz saran Zahid tidak bawa ‘politik budak-budak’ ke Putrajaya

Mahfuz saran Zahid tidak bawa ‘politik budak-budak’ ke Putrajaya

Wawasan tembusi tiga bahagian Bersatu Perlis

Wawasan tembusi tiga bahagian Bersatu Perlis

Dua kenderaan bertembung, dua maut

Dua kenderaan bertembung, dua maut

Pertikai istilah Kerajaan MADANI hanya helah UMNO mahu PRU16 disegerakan

Pertikai istilah Kerajaan MADANI hanya helah UMNO mahu PRU16 disegerakan

RM6.62 bilion tangani isu sekolah daif Sabah, 245 sekolah siap sepenuhnya

RM6.62 bilion tangani isu sekolah daif Sabah, 245 sekolah siap sepenuhnya