Amaran hujan tahap waspada di Sarawak, Sabah bermula Jumaat

KUCHING – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan peringkat waspada melibatkan beberapa kawasan di Sarawak dan Sabah bermula Jumaat ini.

MetMalaysia dalam satu kenyataan pada pukul 1 tengah hari Selasa memaklumkan, keadaan cuaca tidak menentu itu dijangka berlarutan sehingga hujung minggu.

Menurut kenyataan itu, kawasan yang terlibat di Sarawak ialah Bintulu, Miri dan Limbang bermula 30 Januari hingga 31 Januari 2026.

“Manakala di Sabah, kawasan yang dijangka terkesan melibatkan Tawau (Kunak dan Lahad Datu), Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan) serta Kudat.

“Tempoh ramalan hujan di kawasan Sabah berkenaan dijangka bermula Jumaat (30 Januari) sehingga Ahad, 1 Februari 2026,” katanya pada Selasa.

Susulan itu, MetMalaysia menasihatkan penduduk di kawasan terlibat agar sentiasa berwaspada terhadap risiko banjir dan tanah runtuh, terutamanya mereka yang tinggal di kawasan rendah serta berbukit.

Jelas kenyataan itu lagi, orang ramai perlu membuat persediaan awal termasuk menyimpan bekalan makanan dan memastikan saluran air di kediaman masing-masing tidak tersumbat.

“Pihak berkuasa tempatan juga diminta memantau kawasan berisiko tinggi serta mengambil langkah pencegahan seperti membersihkan longkang bagi mengurangkan impak bencana,” ujarnya.

Orang ramai digalakkan untuk terus memantau perkembangan cuaca semasa melalui saluran rasmi MetMalaysia serta mematuhi arahan pihak berkuasa dari semasa ke semasa demi keselamatan diri dan keluarga.

Foto: Facebook Jabatan Meteorologi Malaysia

Related Posts

Lelaki ditahan disyaki ceroboh, cabul warga China

SEMPORNA – Polis menahan seorang lelaki dipercayai terlibat kesalahan menceroboh dan mencabul seorang wanita warganegara China di sebuah pusat peranginan di Jalan Kamiri, pada Sabtu. Ketua Polis Daerah Semporna, Superintenden…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pekerja warga Indonesia dikhuatiri lemas terjatuh tongkang di Sungai Igan

MUKAH – Seorang pekerja warganegara Indonesia dikhuatiri lemas selepas dipercayai terjatuh dari sebuah tongkang ke dalam sungai berhampiran kawasan pembinaan Jambatan Igan pada petang Sabtu. Mangsa yang dikenali sebagai Saiful…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lelaki ditahan disyaki ceroboh, cabul warga China

  • By Fatin
  • September 21, 2026
Lelaki ditahan disyaki ceroboh, cabul warga China

Carrick berdepan tekanan, United hanya seri lawan Fulham

Carrick berdepan tekanan, United hanya seri lawan Fulham

Pekerja warga Indonesia dikhuatiri lemas terjatuh tongkang di Sungai Igan

Pekerja warga Indonesia dikhuatiri lemas terjatuh tongkang di Sungai Igan

Belia Mukah dipersiapkan sebagai pelapis kepimpinan masa depan

Belia Mukah dipersiapkan sebagai pelapis kepimpinan masa depan

City rampas puncak liga, tewaskan Sunderland 5-3

City rampas puncak liga, tewaskan Sunderland 5-3

Tuanku Muhriz tarik balik perkenan, batal semua pelantikan Exco

Tuanku Muhriz tarik balik perkenan, batal semua pelantikan Exco