Long Lama jadi tuan rumah acara berskala besar

LONG LAMA – Pekan Long Lama melakar sejarah tersendiri apabila 600 pengunjung termasuk dari luar negara berhimpun, sempena sambutan ulang tahun pertama Persatuan Chee Lee Kor Moral Uplifting Society Cawangan Long Lama, pada Ahad.

Kehadiran delegasi dari China, Singapura, Thailand dan Brunei serta pelbagai negeri di Malaysia menjadikan ia acara berskala besar pertama diadakan di pekan ini, sekali gus menjadi kebanggaan penduduk setempat.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Telang Usan, Datuk Dennis Ngau berkata, sambutan luar biasa itu mencerminkan potensi Long Lama yang semakin mendapat perhatian di peringkat serantau dan antarabangsa.

“Ini merupakan kali pertama Long Lama menjadi tuan rumah kepada acara berskala besar dengan kehadiran antarabangsa.

“Ia bukan sahaja membanggakan, malah membuktikan Long Lama semakin dikenali dan mempunyai tarikan tersendiri,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurut beliau, penubuhan persatuan tersebut telah membantu meletakkan Long Lama di peta dunia selain berperanan aktif dalam kerja-kerja kebajikan masyarakat.

Jelasnya, persatuan itu terkenal dengan nilai kemanusiaan dan telah banyak membantu komuniti memerlukan, termasuk mangsa kebakaran di Long Loyang.

Dalam majlis tersebut, persatuan turut menerima sumbangan dua buah bot penyelamat yang akan digunakan bagi tujuan kecemasan seperti banjir dan bencana lain di sekitar kawasan berkenaan.

Mengulas lanjut, Dennis turut berkongsi perancangan pembangunan di bawah kepemimpinan Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

“Antara projek utama ialah pembinaan jalan menghubungkan Long Lama ke Taman Negara Mulu dalam tempoh lima tahun akan datang yang dijangka membuka lebih banyak peluang ekonomi dan pelancongan,” ujarnya.

Beliau turut menggalakkan pihak berkepentingan meneroka peluang pelaburan di Long Lama menerusi komponen Pusat Pertumbuhan Desa (RGC), khususnya dalam pembangunan lot kedai dan perumahan.

Dalam perkembangan sama, Dennis mengumumkan kerajaan Sarawak menerusi Program Transformasi Luar Bandar (RTP) akan membina pusat kekal bagi persatuan itu pada tahun 2027 dengan kos anggaran RM350,000.

Tambahnya, kemudahan itu kelak bukan sahaja menjadi pusat aktiviti persatuan, malah berfungsi sebagai Pusat Pemindahan Sementara (PPS) bagi mangsa banjir di Long Lama.

Foto: Facebook Dennis Ngau

Related Posts

PKR Masjid Tanah tampil calon muda, bukti komitmen bawa perubahan 

MASJID TANAH – PKR Cabang Masjid Tanah memberi bayangan bakal menampilkan barisan calon muda pada pilihan raya akan datang sebagai usaha membawa pembaharuan politik yang lebih dekat dengan denyut nadi…

Lebih lanjut

teruskan membaca
UMS laksana MSM, PdP dalam talian bagi dua program asasi

KOTA KINABALU – Minggu Suai Mesra (MSM) dan sesi Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) bagi Program Asasi Teknologi Maklumat serta Asasi Sains Sosial di Universiti Malaysia Sabah (UMS) akan dilaksanakan secara…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Trump arah ketua perisikan sementara pecat kakitangan

Trump arah ketua perisikan sementara pecat kakitangan

Orang politik tunggang krisis diraja Negeri Sembilan?

Orang politik tunggang krisis diraja Negeri Sembilan?

PKR Masjid Tanah tampil calon muda, bukti komitmen bawa perubahan 

PKR Masjid Tanah tampil calon muda, bukti komitmen bawa perubahan 

Permohonan undi pos PRN Johor dibuka

Permohonan undi pos PRN Johor dibuka

UMS laksana MSM, PdP dalam talian bagi dua program asasi

UMS laksana MSM, PdP dalam talian bagi dua program asasi

2 tahun terajui LPKP Sabah, Vivian bangga pelbagai pembaharuan berjaya dilaksana

2 tahun terajui LPKP Sabah, Vivian bangga pelbagai pembaharuan berjaya dilaksana