Malaysia-Rusia erat kerjasama lebih mantap di semua lapangan

KUALA LUMPUR – Malaysia dan Rusia sepakat untuk meningkatkan tahap kerjasama yang lebih mantap di semua lapangan selain akan secara bersama mempatri hubungan kerjasama yang lebih baik terutamanya di peringkat antara negara dan persahabatan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, dalam pertemuannya dengan Presiden Persekutuan Rusia Vladimir Putin di Kepulauan Russkiy, Vladivostok lewat petang tadi menyentuh mengenai pelbagai perkara yang menjadi kepentingan yang dikongsi secara bersama.

Selain menekankan wujudnya potensi atau peluang yang sedia besar namun tidak dimanfaatkan sepenuhnya, kata Anwar dalam kenyataan pada Rabu.

“Bertemu Presiden Persekutuan Rusia Vladimir Putin di Kepulauan Russkiy, Vladivostok lewat petang tadi di mana kami menekuni hubungan serta tahap kerjasama yang sedia terjalin erat.

“Kami menyentuh mengenai pelbagai perkara yang menjadi kepentingan yang dikongsi secara bersama, selain menekankan wujudnya potensi atau peluang yang sedia besar namun tidak dimanfaatkan sepenuhnya.

“Kami lantas bersetuju untuk meningkatkan tahap kerjasama yang lebih mantap di semua lapangan selain akan secara bersama mempatri hubungan kerjasama yang lebih baik terutamanya di peringkat antara negara dan persahabatan,” jelas beliau.

Perkembangan lain, Anwar turut menyatakan kepada Presiden Putin bahawa hubungan antara Asean dan Rusia akan diperkemas dan ditambah baik saat Malaysia mempengerusikan Asean kelak.

“Presiden Putin turut berkesempatan mengucapkan yang terbaik buat Malaysia untuk Kepengerusian Asean kelak,” kata Anwar.

  • Related Posts

    Nurul Izzah undur jawatan Timbalan Presiden PKR

    KUALA LUMPUR – Nurul Izzah Anwar memutuskan untuk melepaskan jawatan Timbalan Presiden PKR selepas mengambil kira pelbagai pertimbangan bagi membolehkannya memberi tumpuan kepada pengajian lanjutan serta meneruskan usaha khidmat dan…

    Lebih lanjut

    teruskan membaca
    Ismail Sabri didakwa esok berkait kes pengisytiharan harta

    KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dijadualkan didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur esok atas pertuduhan mengikut Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Semakan pada…

    Lebih lanjut

    teruskan membaca

    Perlu dibaca

    Nurul Izzah undur jawatan Timbalan Presiden PKR

    Nurul Izzah undur jawatan Timbalan Presiden PKR

    Ismail Sabri didakwa esok berkait kes pengisytiharan harta

    Ismail Sabri didakwa esok berkait kes pengisytiharan harta

    Koperasi Sabah perlu berani teroka industri pelancongan – SKM

    Koperasi Sabah perlu berani teroka industri pelancongan – SKM

    KLFW 2026 pemangkin produk tempatan ke pentas dunia

    KLFW 2026 pemangkin produk tempatan ke pentas dunia

    Rakyat Pahang perlu ambil peluang sertai program publisiti draf Rancangan Struktur negeri

    Rakyat Pahang perlu ambil peluang sertai program publisiti draf Rancangan Struktur negeri

    Polis klasifikasikan penemuan tulang sebagai kes bunuh

    Polis klasifikasikan penemuan tulang sebagai kes bunuh