Penunggang motosikal mabuk dipenjara empat hari, denda RM11,000

TAWAU – Mahkamah Majistret menjatuhi hukuman penjara empat hari dan denda RM11,000 terhadap seorang lelaki atas empat pertuduhan kesalahan trafik termasuk menunggang motosikal dalam keadaan mabuk di sini pada Rabu.

Tertuduh warga asing, Raihan Saleh, 21, dikenakan hukuman selepas membuat pengakuan di hadapan Majistret Dayang Aidaku Amira Aminuddin.

Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di Batu 1 Jalan Apas kira-kira pukul 10.41 malam pada 3 Ogos lepas.

Ujian saringan pernafasan tertuduh mendapati terdapat kandungan alkohol dalam darah yang melebihi had dibenarkan.

Sehubungan itu, tertuduh didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 45A (1) APJ 1987, jika sabit kesalahan boleh dipenjara selama dua tahun dan denda sehingga RM30,000.

Tertuduh turut didakwa tiga lagi pertuduhan lain iaitu menunggang motosikal tanpa lesen, tidak memperagakan nombor pendaftaran kenderaan dan menunggang motosikal tidak diliputi insurans.

Mahkamah kemudian menjatuhkan hukuman penjara serta denda bagi kesemua pertuduhan dan hukuman penjara dijalankan serentak bermula Rabu.

Mahkamah turut memerintahkan tertuduh dikenakan penjara sebulan sekiranya gagal membayar denda, hilang kelayakan memohon lesen memandu selama dua tahun dan dirujuk kepada Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) sebaik selesai menjalani hukuman.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Asisten Superintenden Joan Lee.

Related Posts

Enam pendaki hilang di Gunung Gerah disahkan selamat

GERIK – Enam peserta Ekspedisi Trans Gerah yang dilaporkan hilang ketika merentasi tiga puncak gunung di Banjaran Titiwangsa, disahkan selamat pada petang Isnin. Ketua Polis Daerah Gerik, Superintendan Abdul Samad…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Siap siaga, turun padang dekati masyarakat – Rajesh

LAHAD DATU – Jentera Gagasan Rakyat Lahad Datu diseru sentiasa berada dalam keadaan siap siaga dan turun padang mendekati masyarakat sebagai persediaan mendepani Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) akan datang. Ketua Bahagian…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Ketelusan tawaran gaji sedang dikaji Kementerian Ekonomi

Ketelusan tawaran gaji sedang dikaji Kementerian Ekonomi

Enam pendaki hilang di Gunung Gerah disahkan selamat

Enam pendaki hilang di Gunung Gerah disahkan selamat

Penyelesaian yang gagal bila retorik politik bertembung dengan data

Penyelesaian yang gagal bila retorik politik bertembung dengan data

Siap siaga, turun padang dekati masyarakat – Rajesh

  • By Ezmie
  • September 7, 2026
Siap siaga, turun padang dekati masyarakat – Rajesh

Pelajar mangsa kebakaran mungkin ditempatkan di asrama

  • By Ithma
  • September 7, 2026
Pelajar mangsa kebakaran mungkin ditempatkan di asrama

Dua beradik antara dituduh bunuh lelaki di ladang kelapa sawit

Dua beradik antara dituduh bunuh lelaki di ladang kelapa sawit