PERKIM Sri Aman rancang pelbagai aktiviti tahunan, terima 31 ahli baharu pada AGM

SRI AMAN – Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) Cawangan Sri Aman telah mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) kali ke-31 bagi membincangkan laporan tahunan dan merangka pelbagai aktiviti tahunan.

Mesyuarat ini dipimpin oleh Naib Pengerusi 1 PERKIM Kebangsaan, Datuk Seri Rohani Abdul Karim, merangkap Penyelaras PERKIM Cawangan Sri Aman.

Sempena mesyuarat tersebut, beliau yang juga merupakan Pengerusi Sri Aman Development Agency (SADA) turut menjemput pihak Majlis Amanah Rakyat (MARA) untuk menyampaikan taklimat eksklusif mengenai peluang pendidikan dan keusahawanan kepada ahli-ahli PERKIM.

Taklimat tersebut telah disampaikan oleh Ahli Majlis MARA Malaysia Ajar @ Siti Ajar Yasin, yang juga merupakan satu-satunya wakil tunggal dari Sarawak dalam majlis tertinggi agensi tersebut.

Dalam majlis yang sama, Siti Ajar secara rasminya telah memohon dan diterima sebagai ahli baharu PERKIM Cawangan Sri Aman.

PERKIM Cawangan Sri Aman turut merekodkan kemasukan seramai 31 orang ahli baharu.

Mesyuarat Agung ke-31 yang berlangsung dalam suasana penuh ukhuwah ini menjadi saksi kepada komitmen berterusan PERKIM Sri Aman dalam memartabatkan syiar Islam dan kebajikan, kini diperkukuhkan lagi dengan sokongan jaringan profesional di peringkat Persekutuan.

Related Posts

Pemuliharaan Tebingan Batang Mukah jamin kelestarian, manfaat komuniti

MUKAH – Projek Pemuliharaan Tebingan Batang Mukah yang menghubungkan kawasan di antara Sungai Penakub dengan Sungai Tellian kini berjalan lancar, sekali gus dijangka bakal memberikan manfaat sosioekonomi jangka panjang kepada…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tujuh pelajar sekolah agama ditahan bantu siasatan kes buli

KUANTAN – Polis menahan tujuh pelajar sebuah sekolah agama di Rompin, kerana disyaki terbabit dalam dua kejadian buli, bulan ini. Mangsa terdiri daripada tiga pelajar berusia 14 tahun yang belajar…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pemuliharaan Tebingan Batang Mukah jamin kelestarian, manfaat komuniti

Pemuliharaan Tebingan Batang Mukah jamin kelestarian, manfaat komuniti

Lawatan China: Anwar fokus kerjasama ekonomi, pelaburan dan TVET

Lawatan China: Anwar fokus kerjasama ekonomi, pelaburan dan TVET

Model negara bukan sekadar dalil, Pas perlu jawab dengan dasar dan prestasi

Model negara bukan sekadar dalil, Pas perlu jawab dengan dasar dan prestasi

Anwar yakin 22 anak muda mampu serlah bakat TVET di Shanghai

Anwar yakin 22 anak muda mampu serlah bakat TVET di Shanghai

Tujuh pelajar sekolah agama ditahan bantu siasatan kes buli

Tujuh pelajar sekolah agama ditahan bantu siasatan kes buli

Dua wanita ditahan disyaki ejen judi dalam talian

Dua wanita ditahan disyaki ejen judi dalam talian