59 ADUN Perak termasuk pembangkang terima peruntukan sama rata RM10,000 sebulan

IPOH– Kesemua 59 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di Perak, termasuk wakil rakyat pembangkang, menerima peruntukan sama rata sebanyak RM10,000 sebulan yang disalurkan melalui Pejabat Pusat Khidmat kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) masing-masing.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, peruntukan tersebut melibatkan RM7,000 bagi tujuan pengurusan dan pentadbiran Pusat Khidmat, manakala baki RM3,000 boleh digunakan bagi tujuan lain termasuk membantu rakyat di kawasan masing-masing.

Selain itu, beliau memaklumkan Bantuan Khas Kewangan (BKK) sebanyak RM20,000 atau bersamaan dua bulan gaji secara sekali bayar turut telah dibayar pada Rabu, seperti yang diumumkan semasa pembentangan Belanjawan Perak 2026 pada November lalu.

Menurutnya, penjelasan itu dibuat bagi menafikan dakwaan bahawa ADUN pembangkang tidak menerima sebarang peruntukan secara langsung daripada kerajaan negeri.

“Saya jelaskan perkara ini supaya rakyat tahu bahawa wakil rakyat pembangkang juga menerima peruntukan yang sama.

“Terdapat beberapa kejadian apabila orang ramai berkunjung ke Pusat Khidmat pembangkang, wakil rakyat berkenaan mendakwa tiada peruntukan kerana kerajaan tidak memberi, malah ada yang menyuruh rakyat mendapatkan bantuan di Pusat Khidmat Barisan Nasional (BN).

“Sedangkan jika baki RM3,000 sebulan didarabkan dengan 12 bulan dan dicampur dengan RM20,000 BKK, jumlah keseluruhan yang boleh dibelanjakan mencecah RM56,000 setahun,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Majlis Executive Talk dan Perutusan Tahun Baharu 2026 bersama penjawat awam negeri di sini, pada Khamis.

Turut hadir, Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Perak, Datuk Mohammad Zahid Abdul Khalid; Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Ahmad Suaidi Abdul Rahim serta Pegawai Kewangan Negeri, Datuk Mohd Zaki Mahyudin.

Mengulas lanjut, Saarani mengakui terdapat peruntukan tertentu khususnya di kawasan pembangkang yang disalurkan dan diuruskan melalui Pegawai Khas Menteri Besar.

Bagaimanapun, beliau menegaskan bahawa walaupun peruntukan itu tidak disalurkan terus kepada wakil rakyat, rakyat tetap menerima manfaatnya.

“Isu ini tidak sepatutnya timbul kerana rakyat tetap akan merasai peruntukan tersebut, cuma kaedah dan salurannya sahaja yang berbeza,” katanya.

Related Posts

FELDA Jengka 24 sasarkan pemasangan 10,000 Jalur Gemilang

JERANTUT – Warga FELDA Jengka 24 memperkukuh semangat patriotisme apabila sekali lagi menyasarkan pemasangan 10,000 Jalur Gemilang sempena sambutan bulan kemerdekaan, tahun ini. Ketua Peneroka FELDA Jengka 24, Razak Daud…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sarawak lancar Sovereign AI, perkukuh keselamatan data strategik kerajaan

KUCHING – Kerajaan Sarawak melancarkan Platform Infrastruktur Sovereign AI bagi memperkukuh sistem pengurusan dan perlindungan data strategik kerajaan, sekali gus mempercepatkan capaian perkhidmatan kepada rakyat. Premier Sarawak, Tan Sri Abang…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

FELDA Jengka 24 sasarkan pemasangan 10,000 Jalur Gemilang

FELDA Jengka 24 sasarkan pemasangan 10,000 Jalur Gemilang

TH sambut baik pindaan Akta Tabung Haji, perkukuh tatakelola institusi

TH sambut baik pindaan Akta Tabung Haji, perkukuh tatakelola institusi

Pucuk pimpinan yang tegas lagi teguh diperlukan untuk perangi rasuah – Ayob Khan

Pucuk pimpinan yang tegas lagi teguh diperlukan untuk perangi rasuah – Ayob Khan

Sarawak lancar Sovereign AI, perkukuh keselamatan data strategik kerajaan

Sarawak lancar Sovereign AI, perkukuh keselamatan data strategik kerajaan

Tiga projek infrastruktur RM3.3 juta perkasa sosioekonomi penduduk Tebedu

Tiga projek infrastruktur RM3.3 juta perkasa sosioekonomi penduduk Tebedu

Hilang kawalan langgar kereta, remaja maut di lokasi kejadian

Hilang kawalan langgar kereta, remaja maut di lokasi kejadian