MA63: 13 daripada 29 tuntutan berjaya diselesaikan, ‘dashboard’ khas dilancar 28 Januari ini

Oleh: WAN MAIL, YNOM

PUTATAN – Daripada keseluruhan 29 tuntutan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) yang dibangkitkan oleh Sabah dan Sarawak, sebanyak 13 tuntutan telah berjaya diselesaikan setakat ini, dengan sembilan daripadanya dicapai di bawah pentadbiran Kerajaan MADANI.

Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah dan Sarawak), Datuk Ts Mustapha Sakmud, perkembangan itu membuktikan komitmen serius kerajaan dalam mempercepat pelaksanaan hak-hak Sabah dan Sarawak selaras dengan semangat MA63.

“Kita sudah selesaikan 13 daripada 29, paling banyak sebenarnya adalah Kerajaan MADANI iaitu sembilan manakala empat lagi kerajaan yang lalu.

“Tuntutan yang lain, masih lagi dalam proses perbincangan antara Kerajaan Pusat dan juga Kerajaan Negeri Sabah dan Sarawak,” katanya.

Mengulas lanjut, Mustapha memaklumkan satu papan pemuka (dashboard) khas berkaitan perkembangan 29 tuntutan MA63 akan dilancarkan pada 28 Januari ini di Parlimen bagi membolehkan orang ramai mengikuti kemajuan rundingan secara telus.

“Masa dan tarikh sudah ditetapkan, kita akan lancarkan dan kita harap supaya semua terutama yang berminat tentang perkembangan dapat melayari nanti portal tersebut dan yang lain kita sedang dalam perundingan utama sekarang ini,” jelasnya.

Tambah Mustapha, langkah itu juga bertujuan untuk meningkatkan kefahaman rakyat terhadap proses rundingan yang sedang berjalan serta isu-isu yang masih dalam peringkat perbincangan.

Berhubung tuntutan 40 peratus hasil Sabah, Mustapha menjelaskan rundingan kini berada pada fasa kedua selepas fasa awal 90 hari dimulakan, dengan tumpuan diberikan kepada penentuan formula terbaik berdasarkan Perlembagaan Persekutuan serta persetujuan antara Kerajaan Pusat dan kerajaan negeri.

“Fasa kedua sekarang ini ialah kita akan putuskan bagaimana formula terbaik mengambil kira kesepakatan Kerajaan Pusat dan kerajaan negeri berdasarkan lunas perlembagaan.

“Insya-Allah, saya sendiri akan pastikan bahawa perkara berkaitan dengan 40 peratus ini akan dapat diselesaikan secara perundingan dengan kerajaan negeri,” katanya.

Mustapha turut berharap melalui peruntukan 40 peratus yang bakal diperolehi ia akan digunakan bagi menyelesaikan isu-isu tiga serangkai yang ada di Sabah iaitu isu infrastruktur asas, jalan, air, elektrik.

Dalam pada itu, beliau turut mengingatkan kepentingan memahami sejarah pembentukan negara melalui MA63, selaras dengan titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada Sidang Parlimen baru-baru ini.

“Baginda menekankan secara khusus kepentingan memahami pembentukan negara ini melalui MA63 dan perkara ini perlu diberi perhatian, terutamanya oleh generasi muda,” ujarnya kepada media selepas menghadiri Majlis Bacaan Yasin dan Doa Khas di Taman Memorial Tun Datu Mustapha, Kampung Ulu Putatan, di sini pada Rabu.

Selepas itu, Mustapha mengadakan kunjungan kepada Presiden Persatuan Kebudayaan Kadazandusun (KDCA), Tan Sri Joseph Pairin Kitingan, di Dewan TSP Hongkod Koisaan, Penampang, sebelum ke Pejabat Setiausaha Persekutuan (SUP) Sabah bagi mendengar taklimat daripada Datuk Mohd Razali Wahab.

Related Posts

Anthony Menteri Besar Negeri Sembilan, Asyraf Wajdi terdesak hingga sanggup ‘tunggang’ politik kebencian

PORT DICKSON – Kenyataan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki bahawa yang mengaitkan Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook sebagai calon Menteri Besar mempamerkan ketandusan idea Barisan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pengundi nilailah ‘drama’ politik BN dan PN – Aminuddin

Pengundi nilailah ‘drama’ politik BN dan PN – Aminuddin

Anthony Menteri Besar Negeri Sembilan, Asyraf Wajdi terdesak hingga sanggup ‘tunggang’ politik kebencian

Anthony Menteri Besar Negeri Sembilan, Asyraf Wajdi terdesak hingga sanggup ‘tunggang’ politik kebencian

Tabung Haji bukan sekadar institusi simpanan, pikul amanah umat Islam – Sany Hamzan

Tabung Haji bukan sekadar institusi simpanan, pikul amanah umat Islam – Sany Hamzan

Rangka disyaki tulang manusia ditemukan dalam guni di kebun

Rangka disyaki tulang manusia ditemukan dalam guni di kebun

Kemalangan empat motosikal ragut nyawa pelajar politeknik

Kemalangan empat motosikal ragut nyawa pelajar politeknik

Sany Hamzan bidas Sanusi, politik matang perlu jadi budaya baharu

Sany Hamzan bidas Sanusi, politik matang perlu jadi budaya baharu