2.5 tan durian, dabai dilupus di ICQS Merapok

LAWAS – Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sarawak melupuskan lebih 2.5 tan barangan pertanian rampasan di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Merapok pada Rabu.

Pelupusan itu melibatkan 2,529 kg buah durian, 20 kg buah dabai serta sebatang pokok moringa yang dirampas oleh Jabatan Pertanian Sabah dan Sarawak.

Menurut kenyataan agensi berkenaan, kesemua barangan tersebut dilupuskan menggunakan kaedah tanam dan bakar bagi mengelakkan risiko penyebaran penyakit atau perosak tumbuhan.

“Proses pelupusan hanya dilaksanakan selepas tamat tempoh tujuh hari hak lucut, manakala semua komoditi terlibat telah melepasi tempoh 12 hari sejak tarikh rampasan awal,” jelas kenyataan itu.

Sesi pelupusan tersebut turut disaksikan oleh wakil Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), Pasukan Gerakan Am (PGA) dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA).

Dalam pada itu, JIM Sarawak menegaskan kawalan dan penguatkuasaan di pintu sempadan akan terus diperketat selaras dengan peruntukan undang-undang sedia ada demi memelihara keselamatan negara.

Related Posts

Projek SSMP tidak boleh terbengkalai kali keempat

PADANG BESAR – Projek Sekolah Sukan Malaysia Perlis (SSMP) di Bukit Chabang yang terbengkalai selama 11 tahun tidak boleh lagi berulang sehingga menjadi satu kebiasaan. Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Wan Rosdy anggap pemergian Mohd Radzi kehilangan besar UMNO Pahang

KUANTAN – Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail menyifatkan pemergian Ketua Pemuda UMNO Bahagian Maran, Allahyarham Mohd Radzi Rahim yang meninggal dunia dalam kejadian pokok tumbang di…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Projek SSMP tidak boleh terbengkalai kali keempat

Projek SSMP tidak boleh terbengkalai kali keempat

Wan Rosdy anggap pemergian Mohd Radzi kehilangan besar UMNO Pahang

Wan Rosdy anggap pemergian Mohd Radzi kehilangan besar UMNO Pahang

PDRM Sabah perhebat kerjasama strategik dengan Polis Indonesia

PDRM Sabah perhebat kerjasama strategik dengan Polis Indonesia

Hajiji sampaikan bantuan YKS RM30,600 pada 102 KIR terjejas banjir

Hajiji sampaikan bantuan YKS RM30,600 pada 102 KIR terjejas banjir

Penduduk rayu tindakan segera atasi ancaman gajah liar di Batu Puteh

Penduduk rayu tindakan segera atasi ancaman gajah liar di Batu Puteh

Empat maut Ford Raptor dihempap pokok tumbang

Empat maut Ford Raptor dihempap pokok tumbang