APM Saratok serah kit makanan bantu mangsa kebakaran

KABONG – Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Saratok tampil menyantuni sebuah keluarga mangsa kebakaran di Kampung Hulu Sessang di sini menerusi penyerahan bantuan awal kit makanan.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Saratok, Leftenan (PA) Nur Athirah Batu berkata, sumbangan itu bertujuan meringankan beban mangsa yang kehilangan tempat tinggal dan harta benda dalam kejadian baru-baru ini.

“Penyerahan kit makanan ini diharap dapat sedikit sebanyak membantu mangsa meneruskan kehidupan harian sementara menunggu bantuan susulan.

“APM sentiasa bersedia membantu masyarakat yang ditimpa musibah dan komited memastikan kebajikan mereka terbela,” katanya ketika ditemui selepas menyerahkan bantuan tersebut.

Dalam pada itu, Nur Athirah turut menasihatkan orang ramai supaya sentiasa berwaspada dan mengutamakan aspek keselamatan penggunaan peralatan elektrik bagi mengelakkan risiko kebakaran.

Turut hadir Leftenan Muda (PA) Farizatul Amirah Ismail.

Foto: APM Saratok

Related Posts

Penghantar barang ditahan bersama dadah, pistol palsu

TEMERLOH – Tindakan seorang penghantar barang menyembunyikan sepucuk pistol palsu di bawah kerusi bahagian pemandu terbongkar selepas ditahan dalam serbuan berkaitan dadah di Paya Keladan di sini, malam Sabtu lalu.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Cadangan MKBs-SEZ: Pemacu baharu ekonomi Miri menjangkaui sektor minyak dan gas

MIRI – Lebih 100 peserta menyertai sesi libat urus (Town Hall) bagi membincangkan cadangan penubuhan Zon Ekonomi Khas rentas sempadan Miri-Kuala Baram-Kuala Belait (MKBs-SEZ) yang melibatkan sempadan wilayah Sarawak dan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Malaysia-Keralam bincang peluang tingkat perdagangan, pelaburan

Malaysia-Keralam bincang peluang tingkat perdagangan, pelaburan

Penghantar barang ditahan bersama dadah, pistol palsu

Penghantar barang ditahan bersama dadah, pistol palsu

Zahid perlu selesaikan ‘bayang-bayang’ kes mahkamah sebelum teringin jadi PM11 – AMK

Zahid perlu selesaikan ‘bayang-bayang’ kes mahkamah sebelum teringin jadi PM11 – AMK

Cadangan MKBs-SEZ: Pemacu baharu ekonomi Miri menjangkaui sektor minyak dan gas

Cadangan MKBs-SEZ: Pemacu baharu ekonomi Miri menjangkaui sektor minyak dan gas

Generasi baharu diseru hayati sejarah pembentukan negara, pelihara keharmonian

Generasi baharu diseru hayati sejarah pembentukan negara, pelihara keharmonian

Mahfuz cabar UMNO, jangan kekal sambil menggoncang

Mahfuz cabar UMNO, jangan kekal sambil menggoncang