Dari BAP hingga SARA, bantuan Kerajaan MADANI ringankan beban rakyat

PELBAGAI inisiatif bantuan yang disalurkan Kerajaan MADANI dilihat membantu meringankan beban rakyat, khususnya golongan berpendapatan rendah dan sederhana, dalam menghadapi kos sara hidup yang semakin meningkat.

Berdasarkan tinjauan The Malaysia Press di media sosial Threads, rata-rata warga maya berpandangan pelbagai bantuan yang disalurkan kerajaan memberi kemudahan dan kelegaan kepada rakyat.

Ramai pengguna berkongsi pengalaman menerima bantuan seperti Bantuan Awal Persekolahan (BAP), Sumbangan Tunai Rahmah (STR), Sumbangan Asas Rahmah (SARA), MyKasih serta bantuan peringkat negeri.

Seorang pengguna, @khlidakhlid berkata, dia tidak terlalu berminat dengan politik, namun mengakui pelbagai bantuan yang diterima banyak membantu.

“Aku tak suka berpolitik sangat. Tapi since PMX jadi PM macam-macam bantuan dapat… Untuk orang yang berkemampuan mungkin tak hairan sangat dengan semua bantuan ni. Tapi untuk yang kurang kemampuan, bantuan-bantuan ni semua sangat membantu ringankan beban waktu terdesak,” katanya.

Pandangan itu turut dikongsi oleh @mimie.yusoff yang berkata, dia baru merasai bantuan kerajaan.

“Sebelum ini tak pernah dapat bantuan sebab kita bukan B40. Tapi M40 yang duduk di tengah bandar ni sesak juga. Bila kerajaan bagi bantuan RM150 untuk semua murid dan saya ada tiga anak bersekolah, dapat total RM450, rasa ringan sikit,” katanya.

Dalam pada itu, pengguna @_dhiahidayah berkata, rakan sekerjanya hanya layak menerima Bantuan Awal Persekolahan.

“Dia STR tak dapat, SARA pun tak dapat. Dia hanya dapat BAP saja… Jadi pengajaran kat sini kita boleh belajar cara bersyukur dengan sekecil-kecil pemberian,” katanya.

Sementara itu, pengguna @nana_nunu_nana berkata, walaupun tidak pernah menerima STR, bantuan yang diterima tetap menggembirakan.

“Kami tak pernah merasa STR. Bila dapat SARA RM100 untuk semua rakyat 18 tahun ke atas tu dengan BAP pun wow,” katanya.

Perkongsian turut dibuat oleh @roshanizanmohdrani yang memaklumkan anaknya dalam Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) menerima pelbagai bantuan.

“Anak saya PPKI dapat BAP, RMT, tajaan makan dari Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) susu sekolah dan elaun… STR dikurangkan baru ni pun saya diam je, kurang-kurang SARA pun membantu sangat dah,” katanya.

Secara keseluruhan, warga maya berpandangan pelbagai bantuan yang disalurkan Kerajaan MADANI memberi kelegaan kepada rakyat, khususnya ketika berdepan tekanan kos sara hidup.

Related Posts

Zafrul akan pastikan Anwar kekal PM penggal kedua

KUALA LUMPUR – Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz menegaskan komitmennya untuk memperkukuhkan Parti Keadilan Rakyat (PKR) di kawasan Ampang dan Pandan. Selain itu Penasihat Kanan Politik kepada Perdana…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pandan jadi ‘Parlimen angkat’ Anwar

AMPANG – Pandan kini menjadi ‘Parlimen angkat’ baharu kepada Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim susulan perkembangan terbaharu melibatkan kepimpinan cabang berkenaan. Naib Presiden PKR, Datuk Seri Amirudin Shari berkata,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Zafrul akan pastikan Anwar kekal PM penggal kedua

Zafrul akan pastikan Anwar kekal PM penggal kedua

Pandan jadi ‘Parlimen angkat’ Anwar

Pandan jadi ‘Parlimen angkat’ Anwar

Giliran penduduk FELDA Sungai Tekam Utara terima sumbangan BN Pahang

Giliran penduduk FELDA Sungai Tekam Utara terima sumbangan BN Pahang

Gelanggang futsal Jengka 24 diserah secara rasmi sempena program Hasrat MADANI

Gelanggang futsal Jengka 24 diserah secara rasmi sempena program Hasrat MADANI

Kampung Bantayan dipilih sebagai Kampung Angkat MADANI

Kampung Bantayan dipilih sebagai Kampung Angkat MADANI

6 suspek kes bunuh pemuda di Pekan Nanas dicekup kurang 24 jam

6 suspek kes bunuh pemuda di Pekan Nanas dicekup kurang 24 jam