UMNO tubuh kolaborasi agung Melayu tanpa menggugat Kerajaan Perpaduan

KUALA LUMPUR – UMNO berhasrat untuk menyatukan seluruh parti Melayu dan Islam di bawah satu gabungan dikenali ‘grand collaboration’ atau ‘kolaborasi agung’, tanpa berhajat untuk menggugat Kerajaan Perpaduan.

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, UMNO mahu kolaborasi agung itu dapat benar-benar menyatukan roh dan perjuangan parti Melayu dan Islam dalam kerangka lebih besar.

Beliau berkata, UMNO juga tidak mahu mana-mana parti yang akan menganggotai kolaborasi itu membubarkan parti mereka, sebaliknya bersama secara tidak rasmi terlebih dahulu bagi langkah awal dan menjadikannya sebagai satu gabungan besar.

“Dengan ini, bisikan dan pinangan itu diterima dengan rasminya, dengan syarat tidak mengganggu gugat Kerajaan Perpaduan. Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) jangan risau. Saya tidak akan ada agenda untuk ‘tebuk atap’ atau mahu menggugat Kerajaan Perpaduan.

“Namun, ia semata-mata bertujuan menterjemah keikhlasan UMNO untuk merangkul semua parti Melayu dan Islam di bawah satu bumbung demi menterjemah agenda Islam dan Melayu.

“Mudah-mudahan, jika ini dapat kita terima dan menjadi satu usul yang dikemukakan Presiden sendiri kepada seluruh perwakilan dalam PAU 2025,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membangkitkan satu usul yang dikemukakannya sendiri ketika sesi penggulungan pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2025, pada Sabtu yang kemudian dipersetujui perwakilan.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) berkata, kolaborasi agung itu akan dapat mengetepikan warna berbeza dalam kalangan parti Melayu dan Islam, yang seharusnya berada di bawah satu bumbung yang sama.

Beliau memaklumkan, Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Penyatuan Rumah Bangsa yang ditubuhkan bagi memperkukuh agenda penyatuan politik Melayu serta membuka ruang penyertaan lebih luas ke dalam UMNO.

“Jawatankuasa Penyatuan Rumah Bangsa ini ditubuhkan bagi menerima penyertaan semula ahli parti yang sudah meninggalkan UMNO, selain membuka ruang kepada mereka yang belum pernah menjadi ahli untuk menyertai UMNO mengikut proses dan peraturan sedia ada.

“Selain itu, Tan Sri Abdul Ghani Othman dilantik menerajui Musyawarah Nasional, jawatankuasa khas bagi membincangkan agenda politik Melayu secara menyeluruh merangkumi kedudukan Islam, politik, ekonomi, pendidikan, perpaduan serta masa depan generasi Melayu,” katanya.

Pada Jumaat, ketika menyampaikan Ucapan Dasar Presiden UMNO, Ahmad Zahid berkata UMNO akan menubuhkan Jawatankuasa Penyatuan Rumah Bangsa bagi menerima kemasukan atau penyertaan semula mana-mana pihak, baik secara individu atau secara en bloc.

Beliau juga dilapor berkata, pintu UMNO sentiasa terbuka luas, yang menjadi tempat ahli dibesarkan dan mengadun erti perjuangan.

Related Posts

Azeez tidak mengaku salah guna kedudukan dalam TH jadi Pengerusi Putrajaya Perdana

KUALA LUMPUR – Bekas Pengerusi Lembaga Tabung Haji (TH), Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen, pada Rabu atas tuduhan menggunakan kedudukan untuk mendapatkan jawatan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Abdul Azeez masih dalam tahanan walaupun dibenar ikat jamin RM450,000

KUALA LUMPUR – Bekas Pengerusi Lembaga Tabung Haji (TH), Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim kekal dalam tahanan polis sehingga esok walaupun Mahkamah Sesyen di sini hari ini membenarkan ikat…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

61 emas disasar, RM3,500 diberi: Atlet Terengganu layak dihargai lebih baik

61 emas disasar, RM3,500 diberi: Atlet Terengganu layak dihargai lebih baik

Kemalangan dua kenderaan di Telupid ragut empat nyawa

  • By Fandi
  • September 9, 2026
Kemalangan dua kenderaan di Telupid ragut empat nyawa

FIFA, AFC pantau pemilihan FAM

FIFA, AFC pantau pemilihan FAM

MB Negeri Sembilan dakwa dipaksa tandatangan Surat Cara, buat laporan polis

MB Negeri Sembilan dakwa dipaksa tandatangan Surat Cara, buat laporan polis

Azeez tidak mengaku salah guna kedudukan dalam TH jadi Pengerusi Putrajaya Perdana

Azeez tidak mengaku salah guna kedudukan dalam TH jadi Pengerusi Putrajaya Perdana

Kerajaan Sarawak salur sumbangan RM100,000 buat keluarga mangsa nahas helikopter

Kerajaan Sarawak salur sumbangan RM100,000 buat keluarga mangsa nahas helikopter