ADUN Kabong serah bantuan kepada mangsa kebakaran di Kampung Hulu Sesang

KABONG – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kabong, Datuk Mohd Chee Kadir turun padang bagi menyantuni dan menyerahkan pelbagai sumbangan termasuk kewangan kepada mangsa kebakaran di Kampung Hulu Sesang, hari ini.

Kebakaran yang telah memusnahkan keseluruhan struktur rumah dua tingkat separuh kekal itu menggemparkan penduduk setempat, awal pagi tadi.

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan oleh Pusat Khidmat DUN Kabong, Mohd Chee telah menyerahkan pelbagai bentuk bantuan keperluan asas dan kewangan kepada keluarga mangsa.

“Dalam pada itu, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Saratok turut menyerahkan bantuan asas makanan, serta turut menyalurkan beberapa bantuan lain seperti bantuan wang saku, pakaian harian, pakaian sekolah, peralatan sekolah, peralatan dapur serta bahan binaan bagi meringankan beban mangsa dengan nilai keseluruhannya berjumlah RM12,300,” kata kenyataan itu.

Mohd Chee turut menzahirkan rasa sedih dan empati atas musibah yang telah menimpa keluarga mangsa serta berharap agar mereka terus tabah dan kuat menghadapi dugaan ini.

Terdahulu, Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak memaklumkan, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 7.08 pagi sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Saratok segera digerakkan ke lokasi kejadian.

Kebakaran melibatkan sebuah rumah berukuran kira-kira 30×60 kaki persegi dan api merebak dengan cepat sehingga memusnahkan keseluruhan struktur bangunan namun tiada kecederaan dilaporkan apabila kesemua lima penghuni rumah berjaya menyelamatkan diri sebelum api merebak sepenuhnya.

Kerja-kerja ‘overhaul’ telah dijalankan sehingga kawasan disahkan selamat, manakala punca kebakaran serta jumlah kerugian masih dalam siasatan pihak bomba.

Related Posts

1,200 jerami gulung terbakar dalam gudang MADA

JITRA – Sebuah gudang yang menyimpan kira-kira 1,200 jerami gulung dan peralatan elektrik musnah dalam kebakaran di Pertubuhan Peladang Kawasan C2 Kerpan, Kampung Tempayan Pecah di Ayer Hitam, dekat sini…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sindiket minyak masak subsidi dijadikan minyak terpakai terbongkar

ALOR SETAR – Kegiatan seorang lelaki yang disyaki menjadikan minyak masak peket bersubsidi sebagai minyak masak terpakai terbongkar selepas sebuah premis, di sini diserbu Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Hukuman rasuah perlu lebih tegas, bersifat mandatori – Ibrahim Ali

Hukuman rasuah perlu lebih tegas, bersifat mandatori – Ibrahim Ali

Mekanisme ala ISA wajar diwujudkan bagi mempercepat siasatan, tindakan rasuah

Mekanisme ala ISA wajar diwujudkan bagi mempercepat siasatan, tindakan rasuah

e-Invois bantu tingkat pematuhan, kukuhkan kutipan cukai

e-Invois bantu tingkat pematuhan, kukuhkan kutipan cukai

Duduk semeja dengan pengamal perundangan, lahirkan undang-undang lebih tegas

Duduk semeja dengan pengamal perundangan, lahirkan undang-undang lebih tegas

Putra sokong usaha kerajaan banteras rasuah, perkukuh integriti dan tatakelola

Putra sokong usaha kerajaan banteras rasuah, perkukuh integriti dan tatakelola

Pelan komprehensif tambah baik kawalan pintu sempadan negara diluluskan Jemaah Menteri

Pelan komprehensif tambah baik kawalan pintu sempadan negara diluluskan Jemaah Menteri