8 nelayan Sungai Song terima bantuan peralatan, pacu ekonomi

KAPIT – Seramai lapan nelayan sungai di daerah Song menerima suntikan semangat baharu apabila menerima bantuan peralatan perikanan darat menerusi Program Community@SCORE RECODA 2025.

Inisiatif anjuran Agensi Pembangunan Ulu Rajang (URDA) itu bertujuan memperkasakan sumber pendapatan komuniti pedalaman, selain meningkatkan taraf hidup mereka.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Katibas, Lidam Assan berkata, bantuan tersebut merangkumi keperluan operasi harian seperti perahu gentian kaca (fiber), enjin sangkut, peti sejuk beku dan pukat.

“Penyediaan kemudahan yang sesuai dengan keperluan semasa adalah langkah penting bagi memastikan komuniti nelayan pedalaman dapat meningkatkan produktiviti, sekali gus menjamin kelangsungan ekonomi keluarga,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyempurnakan majlis penyerahan bantuan tersebut di Terminal Penumpang Song, pada Khamis.

Mengulas lanjut, Lidam menyifatkan pendekatan pembangunan melalui agensi wilayah membuktikan komitmen kerajaan Sarawak memastikan nikmat kemajuan dirasai secara seimbang di kawasan luar bandar.

Sementara itu, wakil penerima, Sauh Anggop menzahirkan penghargaan kepada kerajaan negeri dan URDA atas sumbangan yang disifatkan sangat bermakna untuk memperbaiki taraf kehidupan mereka.

Turut hadir, Pegawai Daerah Song, Harry Bruce Edwin serta wakil pengurusan URDA.

Foto: Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS)

  • Related Posts

    Fahmi santuni penduduk Batu Pahat, Program JIWA@Komuniti MADANI meriah dengan Sembang Santai

    BATU PAHAT – Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil hari ini menyantuni masyarakat setempat menerusi Program JIWA@Komuniti MADANI: Sembang Santai Edisi Goreng Pisang Panas yang berlangsung di Gerai Setara, Taman Banang…

    Lebih lanjut

    teruskan membaca
    157 nelayan Muar terima bantuan RM47,000, LKIM komited perkasa kebajikan dan pendapatan nelayan

    MUAR – Pengerusi Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), Faiz Fadzil berkata, seramai 157 nelayan Maharani di bawah seliaan Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) Muar menerima sumbangan tong ikan berinsulasi bernilai RM47,000…

    Lebih lanjut

    teruskan membaca

    Perlu dibaca

    Karisma dan diplomasi MADANI

    Karisma dan diplomasi MADANI

    HKHM2026 tampil dengan tema ‘Malaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati’

    HKHM2026 tampil dengan tema ‘Malaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati’

    Jemaah Menteri setuju laksana Hari Bekerja Hibrid mulai 1 Ogos

    Jemaah Menteri setuju laksana Hari Bekerja Hibrid mulai 1 Ogos

    Fahmi santuni penduduk Batu Pahat, Program JIWA@Komuniti MADANI meriah dengan Sembang Santai

    Fahmi santuni penduduk Batu Pahat, Program JIWA@Komuniti MADANI meriah dengan Sembang Santai

    157 nelayan Muar terima bantuan RM47,000, LKIM komited perkasa kebajikan dan pendapatan nelayan

    157 nelayan Muar terima bantuan RM47,000, LKIM komited perkasa kebajikan dan pendapatan nelayan

    GLIC, GLC perkasa agenda Bumiputera, 10 syarikat disasar tersenarai – Fahmi

    GLIC, GLC perkasa agenda Bumiputera, 10 syarikat disasar tersenarai – Fahmi