MCA tidak akan pernah tinggalkan BN

KUALA LUMPUR – MCA memberi jaminan untuk terus kekal sebagai parti komponen Barisan Nasional (BN) berdasarkan semangat persefahaman yang terjalin sejak awal penubuhan gabungan itu.

Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berkata, parti tersebut selaku pengasas bersama gabungan BN mempunyai semangat perikatan yang kuat serta sukar digoyahkan.

“Bagi pihak MCA, kami merupakan parti pengasas BN. Jadi, persoalan (meninggalkan BN) itu tidak wujud.

“Kita sama-sama mengasaskan parti (BN),” katanya ketika ditemui selepas Ucapan Dasar Presiden UMNO sempena Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2025 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL), pada Jumaat.

Mengulas lanjut, Ka Siong memaklumkan,
MCA sentiasa terbuka terhadap mana-mana pendekatan dan perbincangan termasuk dialog agar dapat memberi impak positif kepada kedudukan BN.

Menurut beliau, komuniti Melayu dan Islam boleh berbincang mengenai agenda mereka sendiri, manakala MCA juga sedia berbincang tanpa sebarang isu.

Bagaimanapun katanya, dalam konteks BN sebagai gabungan yang lebih besar, setiap keputusan perlu dilihat daripada perspektif kepelbagaian dan realiti politik dalam masyarakat majmuk.

“Untuk Melayu dan Islam mereka boleh berbincang dalam komuniti, kita sebagai MCA juga sedia berbincang, tidak ada isu.

“Tapi dalam konteks BN itu gabungan yang lebih besar, jadi kita perlu melihat dari segi kepelbagaian dan realiti politik di mana ia merupakan masyarakat majmuk,” katanya

Terdahulu, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, mengumumkan penubuhan Jawatankuasa Penyatuan Rumah Bangsa bagi menerima kemasukan atau penyertaan semula mana-mana pihak sama ada secara individu atau berkelompok ke dalam parti itu.

Katanya, politik Melayu-Islam tidak wajar berselerak dan penyatuan itu harus dijalankan bukan melalui retorik amarah atau dendam sejarah, tetapi dengan haluan yang jelas serta jiwa yang besar.

Ka Siong berkata, sebagai salah satu parti komponen dalam BN, pihaknya menyambut baik usaha UMNO dan berharap ia akan berjaya memperkukuh gabungan tersebut.

“Ini kerana usaha itu pada akhirnya akan memberi impak positif kepada BN secara keseluruhan. Inisiatif ini wajar dijadikan asas perjuangan politik walaupun melibatkan pihak yang pernah meninggalkan UMNO.

“Saya rasa ini adalah satu rumah bangsa yang sepatutnya dijadikan wadah perjuangan, dalam konteks mana-mana parti untuk memperkukuhkan parti dan menarik mereka yang keluar sekejap atau sudah mungkin keluar untuk balik, sama-sama berjuang semula,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Presiden MIC, Datuk Seri M Saravanan ketika diminta mengulas kehadirannya pada PAU 2025, hanya berkata, beliau akan memberi pandangan perkara itu dalam masa terdekat.

“Kemudian (saya akan jawab),” katanya ringkas kepada The Malaysia Press (TMP).

Related Posts

Hukuman rasuah perlu lebih tegas, bersifat mandatori – Ibrahim Ali

PUTRAJAYA – Hukuman terhadap kesalahan rasuah perlu dikaji semula dan ditetapkan secara lebih tegas termasuk bersifat mandatori bagi memastikan ia benar-benar memberi kesan pencegahan, kata Presiden Parti Bumiputera Perkasa Malaysia…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Mekanisme ala ISA wajar diwujudkan bagi mempercepat siasatan, tindakan rasuah

PUTRAJAYA – Mekanisme seperti Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) wajar diwujudkan menerusi Akta Sabotaj Ekonomi Negara bagi mempercepat proses siasatan dan tindakan terhadap pihak yang terbabit rasuah, salah guna kuasa…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Dua keluarga tarik nafas lega, terima manfaat Rumah Kasih Ihsan

Dua keluarga tarik nafas lega, terima manfaat Rumah Kasih Ihsan

59 kilometer jalan utama Kuala Lumpur dinaik taraf, kerja penurapan dibuat waktu malam

59 kilometer jalan utama Kuala Lumpur dinaik taraf, kerja penurapan dibuat waktu malam

Malaysia Berselawat himpun hampir 1,000 jemaah, tampilkan tokoh ulama dunia

Malaysia Berselawat himpun hampir 1,000 jemaah, tampilkan tokoh ulama dunia

Nahas kemalangan maut: Tiga beranak dikebumikan satu liang lahad

Nahas kemalangan maut: Tiga beranak dikebumikan satu liang lahad

Taktik penganggur cari pendapatan sampingan jual judi terbongkar

Taktik penganggur cari pendapatan sampingan jual judi terbongkar

JAIP sasar iktiraf Zon Halal di semua R&R tahun depan

JAIP sasar iktiraf Zon Halal di semua R&R tahun depan