PM, Khazanah ikrar selamatkan MAS

KUALA LUMPUR – Kerajaan dan Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) berikrar akan menyelamatkan Malaysia Airlines (MAS) dengan apa cara sekali pun demi memulihkan nama baik dan perkhidmatan syarikat penerbangan negara itu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kadang-kadang keputusan politik atau negara yang tidak telus memberikan peluang kepada satu-dua kroni menjahanamkan suatu syarikat yang dibanggakan.

“Oleh kerana kesilapan-kesilapan itu, syarikat tersebut terbeban kepada kita sehingga kini. Jangan padamkan kenyataan sejarah itu.

“Keputusan yang dibuat atas niat untuk mempertahankan kepentingan beberapa kroni ini dan meminggirkan kepentingan negara serta rakyat.

“Usaha memulihkan itu telah dimulakan, saya ucapkan tahniah kepada Khazanah. Tetapi ia mengambil masa. Bagi kerajaan, hampir setiap minggu dalam Mesyuarat Jemaah Menteri, kita bicara soal pemulihan dan reformasi; bagaimana untuk membantu menyelamatkan institusi-institusi negara.

“Tetapi percayalah, dari segi kerajaan, saya telah beritahu Khazanah dan Malaysia Airlines, we remain completely committed to ensure the success of the airline because it is our national airline, and it has to come back to perform,” kata Anwar yang juga Menteri Kewangan ketika sambutan 30 tahun Khazanah di MITEC pada Selasa.

Sementara itu, Anwar mengingatkan, tidak wajar bicara hanya soal kelemahan ini sahaja kerana ada puluhan kejayaan lain yang tidak dapat dinafikan yang dapat menjelajah ke luar negara — seperti Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB), sampaikan memiliki lapangan terbang Istabul Sabiha Göçken International.

“Dalam perbincangan saya dengan Presiden Turki Tayyip Erdoğan, beliau sebut akan keyakinannya terhadap syarikat MAHB untuk mengendali dan mengurus lapangan terbang penting di Istanbul. Ini menunjukkan keupayaan syarikat-syarikat di bawah kelola Khazanah.

“Hatta, saya berharap satu-dua berita yang merunsingkan itu dapat jadi pengajaran kepada kita supaya pimpinan politik terutamanya jangan masuk campur urusan perniagaan dan perdagangan termasuk dalam syarikat-syarikat naungan Khazanah.

“Apa yang saya lakukan dalam mesyuarat Lembaga Khazanah adalah meletakkan dasar dan keutamaan bagi mengingatkan bahawa pembangunan itu harus menekankan nilai keadilan,” ujarnya.

Anwar juga memaklumkan, lembaga pengarah Khazanah, MAS dan kerajaan komited untuk mengangkat syarikat penerbangan negara dengan apa cara sekali pun.

Untuk rekod MAS kini sedang berdepan masalah getir membabitkan isu tenaga kerja, tenikal, dan pengurusan yang kucar-kacir.

Related Posts

10 tawaran utama bukti kesungguhan PH bangunkan Johor, Haniff seru perantau pulang mengundi

PONTIAN – Calon Pakatan Harapan (PH) bagi N.54 Pulai Sebatang, Haniff Hosman menegaskan bahawa 10 Tawaran Utama Johor Untuk Semua merupakan komitmen yang realistik dan menyeluruh bagi memastikan kemajuan negeri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
JKOM perkasa penyampaian mesej MADANI kepada masyarakat India melalui kerjasama dengan MITRA

PUTRAJAYA – Jabatan Komunikasi Komuniti (JKOM) akan memperkukuh penyampaian mesej Kerajaan MADANI kepada masyarakat India menerusi kerjasama strategik dengan Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (MITRA), termasuk penghasilan kandungan dalam bahasa…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

10 tawaran utama bukti kesungguhan PH bangunkan Johor, Haniff seru perantau pulang mengundi

10 tawaran utama bukti kesungguhan PH bangunkan Johor, Haniff seru perantau pulang mengundi

JKOM perkasa penyampaian mesej MADANI kepada masyarakat India melalui kerjasama dengan MITRA

JKOM perkasa penyampaian mesej MADANI kepada masyarakat India melalui kerjasama dengan MITRA

BUDI Diesel: Pengguna puji kelancaran sistem MyKad, harap prosedur kuota tambahan dipermudah

BUDI Diesel: Pengguna puji kelancaran sistem MyKad, harap prosedur kuota tambahan dipermudah

Lindung 24 jam bukti keberkesanan, Perkeso bayar lebih RM1.2 juta dalam bulan pertama

Lindung 24 jam bukti keberkesanan, Perkeso bayar lebih RM1.2 juta dalam bulan pertama

10 lelaki ditahan terlibat salah guna dadah

10 lelaki ditahan terlibat salah guna dadah

Tidak wajar lantikan Azam di NFCC dijadikan hukuman awam tanpa keputusan autoriti

Tidak wajar lantikan Azam di NFCC dijadikan hukuman awam tanpa keputusan autoriti