SPRM jumpa MINDEF Rabu depan

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan menggunakan kuasa sedia ada bagi menilai serta memberi nasihat kepada Kementerian Pertahanan (MINDEF) berkaitan isu rasuah dan kelemahan tadbir urus yang dikenal pasti.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, beliau dijadualkan bertemu dengan pihak MINDEF pada Rabu depan bagi membincangkan perkara berkenaan secara menyeluruh.

Pertemuan itu susulan kenyataan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, yang menegaskan komitmen untuk membersihkan sebarang isu rasuah dan kelemahan tadbir urus dalam kementerian berkenaan.

“SPRM menyambut baik pendirian itu dan bersedia bekerjasama dengan kementerian berkenaan berdasarkan peruntukan Seksyen 7C Akta SPRM 2009 yang memberi kuasa kepada SPRM untuk menasihati serta menjalankan kajian berkaitan kelemahan tatakelola dalam mana-mana organisasi,” katanya pada sidang media, di Putrajaya, hari ini.

Azam berkata pertemuan itu akan melibatkan Mohamed Khaled serta Ketua Setiausaha MINDEF, dengan perbincangan tertumpu kepada beberapa perkara utama, termasuk isu yang sedang disiasat SPRM.

Beliau menambah, perbincangan itu turut akan membincangkan hala tuju serta langkah pembaikan dalam Angkatan Tentera Malaysia (ATM), berdasarkan hasil siasatan dan maklumat yang telah dikumpulkan sebelum ini.

Katanya, tumpuan SPRM adalah pada isu rasuah, tadbir urus serta penambahbaikan sistem di MINDEF, khususnya urusan perolehan dan perkara lain yang berada di bawah bidang kuasa suruhanjaya itu.

“Isu dalaman kementerian yang tidak berkait rasuah boleh ditangani oleh pihak kementerian sendiri, SPRM akan menumpukan kepada tanggungjawab membantu kerajaan membetulkan sebarang kelemahan atau kesilapan yang dikenal pasti,” katanya.

Azam menekankan bahawa kunjungan itu bukan sekadar bersifat protokol, sebaliknya sebahagian daripada peranan SPRM dalam memastikan prinsip integriti serta amalan tadbir urus yang baik terus diperkukuh dalam agensi kerajaan.

Related Posts

Penjawat awam pemacu utama lonjakan daya saing Malaysia – PM

ALOR GAJAH – Kejayaan Malaysia melonjak lapan anak tangga dalam Penarafan Daya Saing Dunia 2026 oleh Institut Pembangunan Pengurusan Antarabangsa (IMD) membuktikan keupayaan serta kecekapan jentera perkhidmatan awam negara dalam…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Penyedia platform media sosial boleh dikenakan penalti RM10 juta, jika langgar syarat pengesahan umur pengguna

KUALA LUMPUR – Penyedia platform media sosial yang gagal melaksanakan keperluan pengesahan umur pengguna mengikut Akta Keselamatan Dalam Talian 2025 (Akta 866) berdepan penalti kewangan sehingga RM10 juta. Menteri Komunikasi,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Penjawat awam pemacu utama lonjakan daya saing Malaysia – PM

Penjawat awam pemacu utama lonjakan daya saing Malaysia – PM

Penyedia platform media sosial boleh dikenakan penalti RM10 juta, jika langgar syarat pengesahan umur pengguna

Penyedia platform media sosial boleh dikenakan penalti RM10 juta, jika langgar syarat pengesahan umur pengguna

Ahmad Farhan dilantik Pengerusi PH Pahang

Ahmad Farhan dilantik Pengerusi PH Pahang

Bekas kerani syarikat guaman didakwa pecah amanah RM33,827

Bekas kerani syarikat guaman didakwa pecah amanah RM33,827

Kelapa pemacu ekonomi Bagan Datuk, sumbang 25 peratus pengeluaran tanaman Perak

Kelapa pemacu ekonomi Bagan Datuk, sumbang 25 peratus pengeluaran tanaman Perak

Pelajar IPTS didakwa edar 14.63kg bunga ganja

Pelajar IPTS didakwa edar 14.63kg bunga ganja