Jentera UMNO perlu ada ilmu, jangan ada lagi sikap ‘pelancong pilihan raya’

KUALA LUMPUR – Jentera UMNO disifatkan hanya akan berfungsi sebagai ‘pelancong pilihan raya’ sekiranya tidak dipersiapkan dengan pelbagai ilmu bagi melaksanakan tugas dalam memikat semula hati rakyat kembali bersama parti.

Perwakilan Wanita UMNO Kelantan, Norfazdlete Aryani Mohd Rosli berkata, ia tidak boleh dilakukan dengan cara tangkap muat berikutan tindakan terbabit tidak akan membantu kemenangan parti.

Menurutnya, setiap jentera partinya seharusnya memahami secara terperinci berkenaan hal ehwal parti mahupun pendirian dalam menangkis sesuatu isu yang berlaku.

“Cukuplah wanita berhadapan dengan jentera tangkap muat apabila diarahkan melaksanakan tugas, mereka gagal melaksanakan dengan baik, gagal memberi makluman berkaitan parti, gagal menjawab persoalan dibangkitkan, seterusnya gagal menarik sokongan pengundi.

“Kita tidak mahu lagi ada istilah pelancong pilihan raya,” katanya ketika berucap membahaskan Ucapan Dasar Ketua Wanita UMNO di Pusat Dagangan Dunia (WTC), pada Khamis.

Dalam pada itu, Norfazdlete berpandangan, keperluan untuk UMNO memiliki pasukan khusus yang dipersiapkan dengan kepakaran, maklumat dan imbuhan khas, serta diberi latihan secara berkala, untuk menghadapi pilihan raya.

“Sayap juga perlu diberi tanggungjawab untuk membentuk dan mengurus sepenuhnya gerak kerja tanpa campur tangan mana-mana pihak,” katanya.

Norfazdlete berkata, gerak kerja Wanita tidak boleh bermula hanya apabila pilihan raya makin hampir.

“Ia mesti disusun lebih awal, dirancang dengan teliti dan digerakkan secara berterusan,” katanya.

Related Posts

Chuah contoh perpaduan, komuniti pelbagai kaum hadir Program MADANI KITA – Bahria

PORT DICKSON – Kerajaan MADANI bukan sekadar melaksanakan dasar dan inisiatif pembangunan, sebaliknya memastikan setiap program yang dilaksanakan benar-benar menyantuni rakyat serta memberi manfaat secara langsung kepada masyarakat di peringkat…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kerajaan sentiasa utamakan suara rakyat, bukan hanya kejar pemerkasaan ekonomi

PORT DICKSON – Kerajaan MADANI bukan sekadar mengejar angka pertumbuhan ekonomi semata-mata namun mengutamakan kemakmuran itu dirasai secara saksama oleh setiap lapisan masyarakat, sama ada di kota mahupun pedalaman. Timbalan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Jualan Rahmah MADANI bantu rakyat berjimat, ringankan kos sara hidup

Jualan Rahmah MADANI bantu rakyat berjimat, ringankan kos sara hidup

Program Jom Tukar Topi Keledar: Terima kasih PMX, terima kasih Kerajaan MADANI!

Program Jom Tukar Topi Keledar: Terima kasih PMX, terima kasih Kerajaan MADANI!

Langgar Akta Perikanan 1985, Maritim rampas 108 bubu naga haram di perairan Perak

Langgar Akta Perikanan 1985, Maritim rampas 108 bubu naga haram di perairan Perak

Chuah contoh perpaduan, komuniti pelbagai kaum hadir Program MADANI KITA – Bahria

Chuah contoh perpaduan, komuniti pelbagai kaum hadir Program MADANI KITA – Bahria

Nelayan ditemukan lemas selepas tiga hari Ops Carilamat