Kerajaan akan perketat penguatkuasaan visa pelawat, elak penyalahgunaan

KERAJAAN akan mempertingkatkan penguatkuasaan terhadap warga asing yang menyalahgunakan visa pelawat untuk bekerja di negara ini, susulan kebimbangan komuniti perniagaan dan pihak berkepentingan mengenai kesalahan dalam beberapa sektor tertentu.

Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil berkata, perkara itu dibincangkan dalam Mesyuarat Jemaah Menteri hari ini dan tindakan susulan akan dilaksanakan oleh agensi penguatkuasaan serta pemantauan terlibat.

“Tindakan penguatkuasaan akan diambil terhadap mereka yang menyalahgunakan visa untuk bekerja,” katanya pada sidang media mingguan di Putrajaya, hari ini.

Dalam pada itu, Fahmi memberitahu, Jemaah Menteri memutuskan untuk memfailkan semakan semula terhadap satu keputusan mahkamah berkaitan kes melibatkan bekas Setiausaha Agung Muda, Amir Hariri Abd Hadi, yang menyentuh soal keperlembagaan beberapa peruntukan dalam Akta Perhimpunan Aman.

Beliau berkata keputusan itu dibuat susulan ketetapan dasar Jemaah Menteri pada minggu lalu untuk meminda akta tersebut, sekali gus memerlukan pertimbangan lanjut sama ada wajar untuk meneruskan proses semakan kehakiman terhadap keputusan berkenaan.

“Jemaah Menteri telah memutuskan supaya maklumat berkaitan disampaikan kepada Jabatan Peguam Negara (AGC) untuk dibincangkan, memandangkan kerajaan secara dasar telah bersetuju untuk meminda Akta Perhimpunan Aman,” katanya.

Menurut Fahmi, sebarang tindakan lanjut berhubung semakan semula itu akan dilaksanakan oleh AGC, selaras dengan keputusan dasar kerajaan untuk melakukan pindaan terhadap akta berkenaan.

Related Posts

Malaysia buktikan status negara aman, kini ranking ke-12 dunia

KUALA LUMPUR – Malaysia sekali lagi mencatat rekod tersendiri apabila berada di kedudukan ke-12 negara paling aman daripada 163 negara dalam Indeks Keamanan Global (GPI) 2026, meningkat satu anak tangga…

Lebih lanjut

teruskan membaca
338 ladang babi berdaftar pada tahun lalu, berbanding 435 pada 2024 – Mat Sabu

KUALA LUMPUR – Bilangan ladang penternakan babi berdaftar di negara ini menurun kepada 338 pada tahun lalu berbanding 435 ladang yang direkodkan pada 2024. Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Penurunan harga diesel disokong, cabaran Borneo perlu diberi perhatian – Nizam

Penurunan harga diesel disokong, cabaran Borneo perlu diberi perhatian – Nizam

Kanak-kanak 5 tahun maut jatuh tingkat 24 kondo

Kanak-kanak 5 tahun maut jatuh tingkat 24 kondo

eKYC, algoritma platform digital perlu diperkasa lindungi kanak-kanak – Pakar

eKYC, algoritma platform digital perlu diperkasa lindungi kanak-kanak – Pakar

Legasi OKT Lawai Melayong: Kisah ‘Lipan Baram’ dan Resolusi Damai Bumi Kenyalang

Legasi OKT Lawai Melayong: Kisah ‘Lipan Baram’ dan Resolusi Damai Bumi Kenyalang

Malaysia buktikan status negara aman, kini ranking ke-12 dunia

Malaysia buktikan status negara aman, kini ranking ke-12 dunia

Pindaan asing peranan AG, Pendakwa Raya perkukuh kebebasan institusi – Fahmi

Pindaan asing peranan AG, Pendakwa Raya perkukuh kebebasan institusi – Fahmi