ESG wajar diutamakan dalam perolehan Kementerian Pertahanan – Fahmi

PELAKSANAAN prinsip Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) wajar diberi keutamaan dalam perolehan Kementerian Pertahanan susulan nilai perolehannya yang besar setiap tahun.

Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Datuk Fahmi Fadzil berkata, keutamaan itu penting bagi memastikan aspek ketelusan dan tadbir urus yang lebih berkesan, selain mengukuhkan integriti dalam pengurusan perolehan kementerian berkenaan.

Beliau berkata, tindakan susulan turut dirancang bagi memastikan beberapa proses perolehan dapat dilaksanakan secara lebih telus melalui pendekatan pendigitalan.

“Dalam kes Kementerian Pertahanan, Menteri Pertahanan (Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin) sudah memaklumkan kepada Jemaah Menteri.

“Memandangkan jumlah perolehan bagi Kementerian Pertahanan adalah besar setiap tahun, maka keutaman wajar dan perlu diberikan kepada kementerian itu.

“Jadi, dalam hal ini, akan ada tindakan susulan termasuk membabitkan Kementerian Digital dan Jabatan Digital Negara, khususnya untuk membantu proses pendigitalan dan mengurangkan tadbir urus,” katanya pada sidang media mingguan di Putrajaya, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas pertanyaan mengenai sama ada pelaksanaan ESG akan diperluaskan kepada semua kementerian pada sidang media mingguan Pasca Mesyuarat Kabinet di sini, hari ini.

Pada Selasa, Khaled Nordin berkata, sudah tiba masanya Kementerian Pertahanan melaksanakan kerangka ESG secara lebih kemas dan menyeluruh.

Katanya, sebagaimana syarikat multinasional yang mempunyai sistem audit dalaman yang ketat, kementerian itu juga perlu memperkasakan mekanisme dalaman bagi mengesan sebarang kecurangan secara automatik tanpa perlu menunggu pendedahan daripada pihak luar.

Related Posts

Nas agama bukan lesen memutihkan tafsiran politik

PRESIDEN Pas Tan Sri Abdul Hadi Awang menerusi artikel ‘Negara Menjadi Habuan Kerana Menjatuhkan Kuasa Besar Islam. Apakah Peranannya?‘mengaitkan kejatuhan Khilafah Uthmaniyyah, penjajahan wilayah Islam, pembentukan Israel dan kebangkitan Iran…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tabung Najib ‘jarum halus’ UMNO halalkan rasuah – Wanita PKR

TABUNG Solidariti Najib Razak yang diwujudkan UMNO bagi membantu bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak membayar denda RM50 juta didakwa sebagai ‘jarum halus’ untuk menghalalkan perbuatan rasuah.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Jalan Sim-Sim ditutup selepas tanah runtuh sepanjang 150 meter

  • By Fandi
  • September 20, 2026
Jalan Sim-Sim ditutup selepas tanah runtuh sepanjang 150 meter

ESSCOM-AS tingkat kesiapsiagaan pengurusan kecemasan

  • By Fandi
  • September 20, 2026
ESSCOM-AS tingkat kesiapsiagaan pengurusan kecemasan

Nas agama bukan lesen memutihkan tafsiran politik

Nas agama bukan lesen memutihkan tafsiran politik

Ops Ekstrem: JPJ Sabah sita 13 kenderaan, airsus antara ubah suai dikesan

Ops Ekstrem: JPJ Sabah sita 13 kenderaan, airsus antara ubah suai dikesan

Parlimen Sepanggar wajar dipecah dua jika kerusi Sabah ditambah – Mustapha

Parlimen Sepanggar wajar dipecah dua jika kerusi Sabah ditambah – Mustapha

Tabung Najib ‘jarum halus’ UMNO halalkan rasuah – Wanita PKR

Tabung Najib ‘jarum halus’ UMNO halalkan rasuah – Wanita PKR