Tiada pusat pemindahan dibuka, air sungai di Saratok surut

SARATOK – Tiada sebarang Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dibuka di daerah ini setakat Isnin memandangkan keadaan banjir dilaporkan terkawal dengan trend penurunan paras air di sungai-sungai utama.

Ketua Polis Daerah Saratok, DSP Mathew Manggie berkata, pemantauan yang dijalankan bermula jam 8 pagi hingga 12 tengah hari mendapati keadaan semasa di kawasan berisiko masih selamat.

Menurutnya, tinjauan di Batang Air Sungai Krian dan Sungai Awik menunjukkan air semakin surut, manakala jalan perhubungan utama disahkan boleh dilalui oleh semua jenis kenderaan.

“Pemeriksaan menyeluruh mendapati tiada mangsa banjir yang perlu dipindahkan dan tiada kerosakan harta benda atau kejadian tanah runtuh dilaporkan.

“Di Roban pula, walaupun cuaca agak mendung disertai hujan renyai, paras air di Kampung Melayu kekal pada tahap normal,” katanya dalam satu kenyataan.

Tambah beliau, situasi di Kabong turut terkawal dengan cuaca cerah direkodkan dari pagi hingga tengah hari, memastikan paras air di Kampung Wawasan, Kampung Baru dan Kampung Nyabor berada dalam keadaan selamat.

Dalam pada itu, Mathew memaklumkan bahawa kesemua balai polis di bawah pentadbiran Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Saratok kekal dalam mod siap siaga.

“Orang ramai diminta supaya terus berwaspada dengan keadaan cuaca tidak menentu dan segera menghubungi Bilik Gerakan IPD Saratok jika memerlukan bantuan kecemasan,” ujarnya.

Related Posts

Lelaki maut terkena renjatan elektrik ketika curi kabel TNB

KLANG – Seorang lelaki maut dipercayai terkena renjatan elektrik ketika cuba mencuri kabel milik Tenaga Nasional Berhad (TNB) di tepi Jalan Acob, Kapar, di sini, pagi tadi. Ketua Polis Daerah…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Lebih RM101 juta naik taraf Saratok Waterfront

SARATOK – Peruntukan lebih RM101 juta diluluskan bagi menaik taraf Tebingan Saratok atau Saratok Waterfront, sekali gus membuka ruang lebih besar untuk memperkukuh sektor pelancongan dan ekonomi setempat. Ahli Dewan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lelaki maut terkena renjatan elektrik ketika curi kabel TNB

Lelaki maut terkena renjatan elektrik ketika curi kabel TNB

Belanjawan 2027: M40 saran kerajaan nilai pendapatan boleh guna, bukan sekadar gaji kasar

Belanjawan 2027: M40 saran kerajaan nilai pendapatan boleh guna, bukan sekadar gaji kasar

Lebih RM101 juta naik taraf Saratok Waterfront

Lebih RM101 juta naik taraf Saratok Waterfront

Belanjawan 2027: Pelepasan cukai taska bantu ibu M40 bekerja

Belanjawan 2027: Pelepasan cukai taska bantu ibu M40 bekerja

Fadhlina arah siasat menyeluruh, jangan sembunyikan apa-apa dalam kes kematian pelajar

Fadhlina arah siasat menyeluruh, jangan sembunyikan apa-apa dalam kes kematian pelajar

Seni bukan sekadar hobi, belia perlu jadi pewaris identiti Sabah

  • By Ithma
  • October 4, 2026
Seni bukan sekadar hobi, belia perlu jadi pewaris identiti Sabah