Penetapan tempoh had jawatan ketua kerajaan selari maqasid al-syariah

PUTRAJAYA – Penetapan had tempoh jawatan bagi ketua kerajaan adalah harus dan selari dengan maqasid al-syariah, seperti yang digariskan dalam Fiqh Daulah.

Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Ahmad Fauwaz Fadzil berkata, konsep meletakkan had jawatan itu juga tidak salah kerana ia adalah bidang siasah syariah yang mengharuskan setiap perkara yang membawa kepada maslahah.

Menurut beliau, dalam ruang bahagian tersebut, ia turut memberi kuasa kepada pemerintah menetapkan dasar demi kepentingan umum.

“Bahkan terdapat asas daripada amalan Saidina Umar berkaitan penetapan tempoh pemerintahan.

“Oleh itu, kerajaan berhak sama ada bagi menetapkan tempoh jawatan atau tidak, berdasarkan pertimbangan maslahah,” katanya menerusi kenyataan kepada The Malaysia Press (TMP), pada Rabu.

Terdahulu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan Kerajaan MADANI akan membentangkan rang undang-undang (RUU) bagi mengehadkan tempoh jawatan Perdana Menteri kepada tidak lebih 10 tahun atau dua penggal penuh.

Beliau berkata, RUU itu ialah satu daripada langkah reformasi institusi dilaksanakan kerajaan sebagai antara hala tuju pada sesi Parlimen tahun ini.

RUU terbabit dilihat merupakan satu daripada langkah reformasi institusi dilaksanakan kerajaan sebagai antara hala tuju pada sesi Parlimen tahun 2026.

“Semua orang ada had tempohnya, KSN (Ketua Setiausaha Negara) tidak boleh sampai puluh tahun, juga terpakai untuk semua kerana kalau diberikan tempoh dan dalam tempoh itu mampu melaksanakan, selepas itu elok kita serahkan kepada generasi berikutnya.

“Ini juga terpakai kepada Jabatan Perdana Menteri (JPM)… maka, kita akan membentangkan RUU mengehadkan tempoh jawatan Perdana Menteri tidak melebihi 10 tahun atau dua penggal penuh,” kata Anwar.

Related Posts

Agong terima menghadap, santap sarapan bersama Perdana Menteri

PUTRAJAYA – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, pagi ini. Seri Paduka Baginda dan Perdana Menteri turut santap bersarapan bersama sempena cuti…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Hayati nilai luhur, kasih sayang dalam hidup bermasyarakat

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru rakyat agar terus menyemarakkan nilai cinta, ihsan dan kasih sayang serta menolak sebarang hasutan kebencian yang cuba mencetuskan permusuhan antara kaum…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Dua maut dalam kemalangan berasingan di Batu Pahat

Dua maut dalam kemalangan berasingan di Batu Pahat

Sistem pendigitalan jadikan Baucar Buku MADANI rekod pencapaian luar biasa

Sistem pendigitalan jadikan Baucar Buku MADANI rekod pencapaian luar biasa

Agong terima menghadap, santap sarapan bersama Perdana Menteri

Agong terima menghadap, santap sarapan bersama Perdana Menteri

Tiada campur tangan pihak luar hentikan filem Konspirasi

Tiada campur tangan pihak luar hentikan filem Konspirasi

Hayati nilai luhur, kasih sayang dalam hidup bermasyarakat

Hayati nilai luhur, kasih sayang dalam hidup bermasyarakat

Marina Ibrahim umum undur diri daripada politik, mahu kembali berkhidmat di lapangan

Marina Ibrahim umum undur diri daripada politik, mahu kembali berkhidmat di lapangan