500 penduduk Kudei Dungun dapat manfaat jambatan bernilai RM530,000

KUCHING – Kira-kira 500 penduduk di Kampung Kudei Dungun Fasa 2 kini dapat menarik nafas lega apabila projek pemulihan laluan pelantar (walkway) di kawasan penempatan itu siap sepenuhnya.

Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, Datuk Ibrahim Baki berkata, projek menaik taraf jambatan kayu belian itu dilaksanakan menerusi peruntukan Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) bernilai RM530,000.

Menurutnya, kemudahan infrastruktur tersebut amat kritikal memandangkan penduduk di situ bergantung sepenuhnya kepada laluan berkenaan sebagai akses utama harian.

“Kampung Kudei Dungun mempunyai sekitar 140 rumah. Laluan ini bukan sahaja nadi kepada penduduk untuk urusan harian, malah digunakan oleh kanak-kanak untuk berulang-alik ke sekolah dengan lebih selamat.

“Projek ini dilaksanakan dalam dua fasa bermula Februari 2023, melibatkan pembinaan pelantar sepanjang 360 meter dengan lebar kira-kira 1.2 meter menggunakan bahan kayu belian yang tahan lasak,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika hadir menyempurnakan Majlis Perasmian Jambatan Belian Kampung Kudei Dungun Fasa 2 pada Selasa.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Satok itu turut menambah, penyiapan projek tersebut membuktikan keprihatinan dan komitmen berterusan kerajaan negeri dalam menyediakan infrastruktur asas berkualiti demi kesejahteraan rakyat di kawasan bandar dan luar bandar.

Turut hadir Setiausaha Politik kepada Timbalan Perdana Menteri, Ir. Irwan Zulkarnain Datuk Muhammad Hasbie.

Related Posts

12 Inisiatif Hari Guru: KGBS puji komitmen KPM, sedia jalin kerjasama

KUCHING – Kesatuan Guru Bumiputera Sarawak (KGBS) merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) atas pengumuman 12 Inisiatif Hari Guru yang dilihat sebagai langkah membela nasib warga pendidik. Presidennya,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Remaja 19 tahun didakwa seleweng 3,455 liter diesel tanpa permit

SEBERANG PERAI – Seorang remaja lelaki dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Butterworth di sini hari ini terhadap pertuduhan memiliki lebih 3,000 liter diesel tanpa lesen, minggu lalu. M. Thiinesh, 19, bagaimanapun…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

12 Inisiatif Hari Guru: KGBS puji komitmen KPM, sedia jalin kerjasama

12 Inisiatif Hari Guru: KGBS puji komitmen KPM, sedia jalin kerjasama

Remaja 19 tahun didakwa seleweng 3,455 liter diesel tanpa permit

Remaja 19 tahun didakwa seleweng 3,455 liter diesel tanpa permit

Peluang terakhir BN: PH Johor sedia tanding semua kerusi jika rundingan gagal

Peluang terakhir BN: PH Johor sedia tanding semua kerusi jika rundingan gagal

Tindakan lepas kerusi Parlimen perlu ambil kira suara pengundi

Tindakan lepas kerusi Parlimen perlu ambil kira suara pengundi

Hubungan Malaysia-India terus diperkasa demi manfaat bersama

Hubungan Malaysia-India terus diperkasa demi manfaat bersama

RUU pengasingan peranan AG, pendakwa raya dijangka dibawa ke Parlimen Jun ini

RUU pengasingan peranan AG, pendakwa raya dijangka dibawa ke Parlimen Jun ini