Kemasukan pelabur di Sabah jana peluang pekerjaan berkemahiran tinggi

KOTA KINABALU – Kemasukan pelabur ke Sabah terus menjadi pemangkin kepada pertumbuhan sektor perindustrian negeri, sekali gus menjana peluang pekerjaan berkemahiran tinggi dan memperkukuh rantaian bekalan industri tempatan.

Naib Canselor Universiti Malaysia Sabah (UMS), Profesor Datuk Dr Kasim Mansor berkata, sehingga suku kedua tahun 2025, Sabah berjaya menarik pelaburan berjumlah RM11.368 bilion yang merangkumi pelaburan domestik dan asing dalam sektor Pembuatan, Perkhidmatan dan sektor Utama.

“Daripada jumlah tersebut, sektor Pembuatan menerima pelaburan tertinggi sebanyak RM7.472 bilion, diikuti sektor Perkhidmatan RM3.139 bilion, manakala sektor Utama termasuk perindustrian, pelancongan dan pertanian menyumbang RM757 juta.

”Pencapaian ini meletakkan Sabah di kedudukan kelima tertinggi penerima pelaburan di Malaysia, mengatasi jumlah pelaburan 2024 sebanyak RM6.458 bilion,” katanya dalam satu kenyataan di sini pada Isnin.

Beliau yang juga merupakan penganalisis ekonomi berkata, kemasukan pelaburan berskala besar berkenaan turut memberi kesan langsung kepada pembangunan industri sokongan seperti perkhidmatan logistik, pembekalan bahan mentah serta pengukuhan ekosistem industri di Sabah.

Menurutnya, antara pelaburan utama yang menjadi pemangkin pertumbuhan industri ialah pelaburan fasa satu Esteel Enterprise Sabah Sdn. Bhd. dari Singapura bernilai RM6.592 bilion bagi pembinaan kilang pembuatan keluli hijau di Taman Perindustrian Minyak dan Gas Sipitang.

“Pembangunan industri berimpak tinggi ini bukan sahaja meningkatkan daya saing ekonomi negeri, malah menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi yang lebih mampan melalui pewujudan peluang pekerjaan berkualiti dan peningkatan nilai tambah tempatan.

“Kemasukan pelabur strategik ke Sabah meletakkan negeri ini pada landasan yang lebih kukuh sebagai destinasi pelaburan perindustrian, selari dengan keperluan pembangunan jangka panjang dan aspirasi pertumbuhan ekonomi negeri,” katanya.

Dalam pada itu, Dr Kasim menyifatkan Belanjawan Sabah 2026 mampu mempercepatkan pembangunan ekonomi negeri.

Katanya lagi, belanjawan tersebut menumpu kepada keseimbangan sosioekonomi, memperkasa modal insan, meningkatkan infrastruktur asas serta memperkukuh kecekapan sistem penyampaian perkhidmatan kerajaan.

”Kerajaan mencadangkan anggaran Perbelanjaan Perbekalan sebanyak RM6.402 bilion dengan Anggaran Hasil RM6.430 bilion, sekali gus mencatat lebihan belanjawan RM28 juta.

”Tumpuan belanjawan ini adalah kepada program dan aktiviti berorientasikan pembangunan jangka panjang untuk menjana pertumbuhan ekonomi, mewujudkan peluang pekerjaan serta meningkatkan kemudahan awam.

”Belanjawan ini berupaya mendepani cabaran tahun 2026 seiring pengukuhan asas fiskal dan peningkatan pelaburan, didorong oleh pemulihan sektor pelancongan, pertumbuhan aktiviti perdagangan serta peningkatan guna tenaga,” tambahnya.

Related Posts

Kerusi Parlimen Sabah, Sarawak perlu diperkukuh sebagai benteng Perlembagaan

KOTA KINABALU – Penambahan jumlah dan peratusan kerusi Parlimen bagi Sabah dan Sarawak penting sebagai benteng Perlembagaan bagi melindungi watak asal Persekutuan Malaysia. Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan merangkap…

Lebih lanjut

teruskan membaca
UMNO sambut baik hasrat PMX mansuhkan AUKU

KUALA LUMPUR – UMNO menyokong penuh keputusan kerajaan untuk memansuhkan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971, seperti yang dihasratkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi memberi kebebasan bersuara…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kerusi Parlimen Sabah, Sarawak perlu diperkukuh sebagai benteng Perlembagaan

  • By Ezmie
  • September 11, 2026
Kerusi Parlimen Sabah, Sarawak perlu diperkukuh sebagai benteng Perlembagaan

UMNO sambut baik hasrat PMX mansuhkan AUKU

UMNO sambut baik hasrat PMX mansuhkan AUKU

Friends of BHESS bakal diperkenal, perluas sokongan terhadap MA63

  • By Ezmie
  • September 11, 2026
Friends of BHESS bakal diperkenal, perluas sokongan terhadap MA63

Kos tunai haji kekal untuk tahun keempat berturut-turut – TH

Kos tunai haji kekal untuk tahun keempat berturut-turut – TH

Selangor umum 26 Oktober cuti ganti sempena Jubli Perak 25 tahun Sultan Sharafuddin

Selangor umum 26 Oktober cuti ganti sempena Jubli Perak 25 tahun Sultan Sharafuddin

PATI, pemilik lesen Ali Baba bakal digempur – Setpol MB Selangor

PATI, pemilik lesen Ali Baba bakal digempur – Setpol MB Selangor