Kerajaan komited bawa pindaan had tempoh jawatan Perdana Menteri

KERAJAAN menegaskan komitmen untuk membentangkan Rang Undang-Undang (RUU) bagi mengehadkan tempoh jawatan Perdana Menteri kepada tidak melebihi 10 tahun atau dua penggal penuh pada sesi Parlimen tahun ini sebagai sebahagian daripada usaha memperkukuh agenda reformasi institusi negara.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pembentangan RUU tersebut merupakan antara langkah penting dalam memastikan amalan tadbir urus yang lebih telus, berintegriti dan mampan.

Anwar berkata, penetapan had tempoh jawatan wajar dilaksanakan bagi memberi ruang kepada pembaharuan kepimpinan serta kesinambungan pentadbiran negara.

“Semua jawatan mempunyai had tempohnya. Ketua Setiausaha Negara juga tidak memegang jawatan terlalu lama. Prinsip yang sama wajar diterapkan kepada jawatan Perdana Menteri agar dalam tempoh yang diberikan, tanggungjawab dapat dilaksanakan dengan berkesan sebelum diserahkan kepada generasi seterusnya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan Amanat Tahun 2026 pada Perhimpunan Bulanan Jabatan Perdana Menteri, di Putrajaya, hari ini.

Anwar turut menegaskan bahawa cadangan mengehadkan tempoh jawatan Perdana Menteri telah lama menjadi sebahagian daripada agenda reformasi kerajaan dan memerlukan penelitian rapi sebelum dilaksanakan.

Katanya, sebarang pindaan terhadap Perlembagaan Persekutuan perlu melalui proses perundingan menyeluruh serta memperoleh sokongan sekurang-kurangnya dua pertiga Ahli Parlimen.

Pada Mac 2025, beliau menegaskan bahawa kerajaan beriltizam untuk melaksanakan agenda reformasi, termasuk usaha meminda Perlembagaan Persekutuan bagi mengehadkan tempoh jawatan Perdana Menteri kepada maksimum 10 tahun.

Sementara itu, sebelum ini, Setiausaha Agung DAP, Loke Siew Fook, menyuarakan harapan agar kerajaan dapat merealisasikan pindaan Perlembagaan Persekutuan dalam tempoh 24 bulan bagi menunaikan janji yang digariskan dalam manifesto Pakatan Harapan (PH) semasa Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Related Posts

DKU cabar kemuka bukti penyiasatan Tuanku Muhriz sebelum Proklamasi 19 April

SEREMBAN – Dewan Keadilan dan Undang (DKU) Negeri Sembilan mencabar pihak yang mendakwa Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir, sudah melalui penyiasatan yang secukupnya dan sepenuhnya sebelum…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Litar Rasa MADANI semarak F1, peniaga tempatan raih manfaat ekonomi – PM

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini meninjau kawasan G Hillstand, Litar Antarabangsa Sepang (SIC) yang menempatkan sebahagian besar pemegang Tiket MADANI sempena perlumbaan Formula 1…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

DKU cabar kemuka bukti penyiasatan Tuanku Muhriz sebelum Proklamasi 19 April

DKU cabar kemuka bukti penyiasatan Tuanku Muhriz sebelum Proklamasi 19 April

Perpaduan warga Mukah contoh terbaik keharmonian Sarawak – Abdul Yakub

Perpaduan warga Mukah contoh terbaik keharmonian Sarawak – Abdul Yakub

Salah guna syarat lesen, 10 individu dan VNT ditahan

Salah guna syarat lesen, 10 individu dan VNT ditahan

Bayi antara empat maut, kemalangan lori dengan dua kereta

Bayi antara empat maut, kemalangan lori dengan dua kereta

Litar Rasa MADANI semarak F1, peniaga tempatan raih manfaat ekonomi – PM

Litar Rasa MADANI semarak F1, peniaga tempatan raih manfaat ekonomi – PM

Verstappen raih podium di Sepang, ulang kejayaan 2017

Verstappen raih podium di Sepang, ulang kejayaan 2017