Pemuda UMNO boleh berbeza pandangan, namun jagalah sensitiviti

PUTRAJAYA – Semua pihak termasuk Pemuda UMNO yang mempunyai perbezaan pandangan dalam Kerajaan MADANI perlu berperanan dalam menjaga sensitiviti dan mengelakkan polemik yang tidak perlu.

Perkara itu dinyatakan Setiausaha Politik kepada Menteri Kewangan, Muhammad Kamil Abdul Munim sempena Konvensyen khas Pemuda UMNO yang bermula pada Sabtu.

Beliau berkata, konvensyen berkenaan harus menjadi ruang yang matang dan bermakna bagi memperkukuh peranan generasi muda dalam menyumbang idea serta pandangan yang membina demi masa depan negara.

Katanya, Malaysia yang mempunyai masyarakat majmuk perlu memelihara kestabilan dan keharmonian melalui kebijaksanaan, kesederhanaan dan rasa tanggungjawab bersama.

“Setiap pihak mempunyai peranan penting untuk menjaga sensitiviti, mengelakkan polemik yang tidak perlu, serta memastikan setiap pandangan yang disuarakan bersifat membina dan berpaksikan kepentingan rakyat keseluruhannya.

“Hakikatnya, kita semua adalah satu keluarga besar. Perbezaan pandangan adalah lumrah, justeru perlu diurus dengan semangat saling menghormati, memahami dan menyantuni antara satu dengan yang lain.

“Walaupun berlainan latar belakang dan bangsa, kita tetap dengan satu tujuan yang sama iaitu memelihara keharmonian dan membina masa depan Malaysia yang lebih gemilang,” katanya menerusi kenyataan.

Sebelum ini media melaporkan, Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh berkata, sayap parti itu akan menganjurkan konvensyen khas sebagai platform untuk membincang, meneliti serta membuat keputusan mengenai hala tuju parti itu khususnya berkaitan kedudukan dalam Kerajaan Perpaduan.

Ia bermula pada Sabtu di Dewan Tun Dr Ismail, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL).

Mengulas lanjut, Muhammad Kamil berkata, semua pihak harus mengamalkan pendekatan berhemah, memperkukuh kerjasama, serta memelihara keyakinan rakyat terhadap pentadbiran negara, seiring dengan aspirasi Kerajaan MADANI yang menekankan nilai ihsan, kepercayaan dan kemajuan bersama.

“Dengan komitmen bersama, insya-Allah kestabilan politik dan kemajuan Malaysia akan dapat terus dikekalkan. Semoga segala perbincangan konvensyen yang berlangsung membawa kebaikan dan manfaat buat negara tercinta,” katanya.

Related Posts

Exco dilucut jawatan, ‘formula’ Tok Mat kembali dipersoal – Pemerhati politik

PEMBATALAN pelantikan semua Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Negeri Sembilan oleh Yang di-Pertuan Besar, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir, menghidupkan kembali persoalan mengenai kaedah penyelesaian krisis adat yang pernah disebut…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PH terbuka penjajaran politik baharu, setiap negeri ada dinamik tersendiri – Fahmi

PAKATAN Harapan (PH) tidak menolak kemungkinan berlaku penjajaran politik baharu susulan dinamika politik semasa yang berbeza mengikut keadaan dan keunikan setiap negeri. Pengarah Komunikasi PH, Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PM Anwar selesai menghadap Tuanku Muhriz

PM Anwar selesai menghadap Tuanku Muhriz

Putra gesa polis siasat MB, Exco NS berhubung penyingkiran Tuanku Muhriz

Putra gesa polis siasat MB, Exco NS berhubung penyingkiran Tuanku Muhriz

Krisis Negeri Sembilan kian memuncak, Amanah cadang MB mohon bubar

Krisis Negeri Sembilan kian memuncak, Amanah cadang MB mohon bubar

Kemelut Negeri Sembilan: Raja perlu dihormati, semua tindakan mesti ikut aturan – Ibrahim Ali

Kemelut Negeri Sembilan: Raja perlu dihormati, semua tindakan mesti ikut aturan – Ibrahim Ali

Pendidikan, sosioekonomi nadi utama kelestarian komuniti Tellian

Pendidikan, sosioekonomi nadi utama kelestarian komuniti Tellian

Dari peluang kedua hingga teknologi pintar, dua graduan POLYCC buktikan kuasa TVET

Dari peluang kedua hingga teknologi pintar, dua graduan POLYCC buktikan kuasa TVET