Israel perlu dipertanggungjawabkan, Malaysia tidak iktiraf ‘Somaliland’ – PM

MALAYSIA tetap menolak sebarang tindakan yang menyalahi undang-undang antarabangsa di Gaza dan menekankan Israel mesti dipertanggungjawabkan sepenuhnya atas keganasan berskala besar di wilayah itu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, keganasan sedemikian hanya akan menimbulkan penderitaan besar kepada rakyat dan merosakkan prospek keamanan yang sedia rapuh.

“Mengenai Gaza, saya mengambil maklum perbincangan terkini yang diadakan di Florida yang bertujuan menangani fasa seterusnya proses keamanan.

“Perlu jelas, tidak boleh ada kembalinya keganasan berskala besar. Sebarang kebangkitan semula akan mengenakan kos yang tidak dapat diterima kepada orang awam serta terus menghakis prospek keamanan yang sedia rapuh.

“Israel mesti dipertanggungjawabkan atas segala tindakan serta kewajipannya di bawah undang-undang antarabangsa,” katanya pada sidang media di Putrajaya hari ini.

Mengulas mengenai pengiktirafan Israel terhadap sebuah wilayah dikenali sebagai Somaliland, Anwar menegaskan Malaysia menolak langkah berkenaan, terutamanya sekiranya ia dijadikan destinasi pemindahan paksa atau pengusiran rakyat Palestin dari Gaza.

Beliau berkata, pendirian Malaysia itu selari dengan sikap sekumpulan besar negara antarabangsa serta Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) yang turut menolak pengiktirafan Israel terhadap wilayah berkenaan.

“Kami menyatakan bantahan tegas dan menyeluruh terhadap sebarang percubaan untuk menggunakan ‘Somaliland’ atau mana-mana wilayah lain, sebagai destinasi bagi pemindahan paksa atau pengusiran rakyat Palestin dari Gaza.

“Gagasan sedemikian sama sekali tidak boleh diterima, melanggar undang-undang antarabangsa dan prinsip kemanusiaan serta hanya akan mengekalkan ketidakadilan dan bukannya menyumbang kepada keamanan.

“Kami menolak semua tindakan yang melemahkan tertib undang-undang antarabangsa,” tegasnya.

Related Posts

DUN Negeri Sembilan bubar Jumaat, PH tanding solo

SEREMBAN – Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan yang mempunyai 36 kerusi, secara rasmi akan dibubarkan berkuat kuasa pada Jumaat, bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-16. Pembubaran…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kalau tidak Jumaat, Isnin DUN Negeri Sembilan dijangka bubar

SEREMBAN – Teka-teki mengenai masa depan Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan dijangka terjawab dalam tempoh beberapa hari lagi apabila desas-desus pembubarannya semakin kuat diperkatakan dalam kalangan pemain politik negeri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

DUN Negeri Sembilan bubar Jumaat, PH tanding solo

DUN Negeri Sembilan bubar Jumaat, PH tanding solo

Kalau tidak Jumaat, Isnin DUN Negeri Sembilan dijangka bubar

Kalau tidak Jumaat, Isnin DUN Negeri Sembilan dijangka bubar

Perlis terima RM4 juta hasil hubungan baik dengan Persekutuan

Perlis terima RM4 juta hasil hubungan baik dengan Persekutuan

Kemelut SD bekas MB Perlis kembali membara

Kemelut SD bekas MB Perlis kembali membara

Pemandu mabuk bakal berdepan hukuman lebih berat

Pemandu mabuk bakal berdepan hukuman lebih berat

PBAPP laksana tarif baharu air mulai 1 Julai

PBAPP laksana tarif baharu air mulai 1 Julai