Peserta mandi air bomba, simbolik sebelum dikhatan

KUANTAN – Program berkhatan anjuran Masjid Kampung Sri Fajar, dekat sini, berlangsung sederhana tetapi meriah, pagi tadi.

Kanak-kanak berusia antara 9 hingga 12 tahun diraikan dengan jamuan khas sebelum dimandikan dengan semburan air dari jentera Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang.

Program berkenaan turut mendapat kerjasama Klinik An-Nur dan Majlis Bandaraya Kuantan.

Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Lepar, Mustaqim Zakaria diberi penghormatan merasmikan program itu dengan melakukan semburan air dari jentera milik JBPM kepada peserta.

Sementara itu, dia memaklumkan kerajaan Pahang turut meluluskan permohonan pihak pengurusan masjid untuk pembelian alat siar raya baharu.

“Peruntukan diluluskan kerajaan Pahang adalah sebanyak RM15,000 dan ia sudah diserahkan minggu lepas,” jelasnya.

Mustaqim memberitahu, kelulusan peruntukan segera itu menunjukkan keprihatinan kerajaan Pahang dipimpin Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, dalam usaha memakmurkan lagi syiar Islam di negeri ini.

Related Posts

Kg Bahagia digazet, buka laluan kepada pembangunan lebih sistematik

SANDAKAN – Kerajaan akan mempertingkat usaha pembangunan serta penempatan semula penduduk di Kampung (Kg) Bahagia susulan tragedi kebakaran besar yang memusnahkan ratusan rumah di kawasan berkenaan, awal pagi Ahad. Ahli…

Lebih lanjut

teruskan membaca
3 maut ditembak dalam restoran

KOTA TINGGI – Tiga individu maut selepas ditembak dalam satu kejadian di sebuah restoran sekitar bandar ini pada jam kira-kira 1.30 tengah hari tadi. Ketua Polis Johor, Datuk Ab Rahaman…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kg Bahagia digazet, buka laluan kepada pembangunan lebih sistematik

Kg Bahagia digazet, buka laluan kepada pembangunan lebih sistematik

3 maut ditembak dalam restoran

3 maut ditembak dalam restoran

PRU16: Harapan Rakyat kerjasama, pastikan kemenangan GRS

PRU16: Harapan Rakyat kerjasama, pastikan kemenangan GRS

Kebakaran Sandakan: 1,000 rumah terjejas, lebih 9,000 penduduk terlibat

Kebakaran Sandakan: 1,000 rumah terjejas, lebih 9,000 penduduk terlibat

Lelaki tempatan ditahan positif dadah dalam Operasi Khas di Roban

Lelaki tempatan ditahan positif dadah dalam Operasi Khas di Roban

UMNO Jerantut yakin mampu cabar pembangkang dalam PRU16

UMNO Jerantut yakin mampu cabar pembangkang dalam PRU16