Tiga ADUN Pas digugurkan, mohon PRK di tiga DUN

KANGAR — Kedudukan politik Perlis memasuki episod baharu apabila Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis, Rus’sele Eizan hari ini mengisytiharkan berlakunya tiga kekosongan luar jangka melibatkan kerusi DUN Chuping, Bintong dan Guar Sanji selepas tiga wakil rakyat Pas digugurkan keahlian parti serta-merta.

Tiga ADUN terlibat ialah Saad Seman (Chuping), Fakhrul Anwar Ismail (Bintong) dan Mohd Ridzuan Hashim (Guar Sanji), selaras ketetapan Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pas Pusat berdasarkan Fasal 76 serta Fasal 15A(1)(b) dan (d) Perlembagaan Pas.

Speaker turut memaklumkan beliau menerima notis bertulis berhubung perkara tersebut, termasuk satu lagi makluman kekosongan luar jangka oleh ADUN Beseri, Haziq Asyraf, yang memaklumkan perkembangan berkaitan tiga kerusi berkenaan.

“Setelah penelitian dilakukan di bawah kuasa Perkara 50A Undang-Undang Tubuh Kerajaan Perlis, beliau berpuas hati bahawa telah berlaku kekosongan luar jangka bagi ketiga-tiga kerusi tersebut.

“Notis rasmi berhubung kekosongan itu akan dimaklumkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam masa terdekat,” katanya ketika sidang media di Kompleks Seri Putra di sini hari ini.

Walaupun usia penggal DUN telah melepasi tiga tahun yang lazimnya tidak mewajibkan PRK di bawah Fasal 55(5), Speaker menegaskan keadaan semasa politik negeri dianggap terjejas kerana kekosongan tersebut menjejaskan komposisi majoriti dalam Dewan.

“Atas faktor kestabilan kerajaan dan kepentingan pentadbiran negeri, saya memutuskan untuk menggunakan budi bicara melalui proviso peruntukan undang-undang bagi memohon SPR mengadakan pilihan raya kecil di ketiga-tiga kerusi berkenaan.

“Keputusan itu dibuat bagi memastikan kerajaan negeri terus stabil serta dapat memberikan khidmat terbaik kepada rakyat,” ujarnya.

Related Posts

Nyatakan alasan kukuh tunda sidang DUN – Fathul Bari

KANGAR – Ketua Bahagian UMNO Kangar, Datuk Dr. Fathul Bari Mat Jahya menggesa kerajaan negeri tampil memberikan penjelasan jelas berhubung penangguhan Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis yang dijadualkan berlangsung…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Jeti haram, pelancong berisiko: KePKAS bertindak tegas bersih Semporna

SEMPORNA – Masalah jeti haram, pengusaha pelancongan tanpa lesen dan keselamatan pelancong kini menjadi fokus utama kerajaan Sabah. Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Datuk Jafry Ariffin berkata, kementerian mengambil…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Nyatakan alasan kukuh tunda sidang DUN – Fathul Bari

Nyatakan alasan kukuh tunda sidang DUN – Fathul Bari

Jeti haram, pelancong berisiko: KePKAS bertindak tegas bersih Semporna

Jeti haram, pelancong berisiko: KePKAS bertindak tegas bersih Semporna

‎Koperasi pemacu ekonomi rakyat, sumbang RM81.62 bilion – KUSKOP ‎

‎Koperasi pemacu ekonomi rakyat, sumbang RM81.62 bilion – KUSKOP ‎

ECRL perlu kaji semula cadangan 70 peratus kargo, 30 peratus penumpang

ECRL perlu kaji semula cadangan 70 peratus kargo, 30 peratus penumpang

Inisiatif Rumah Bangsa perkukuh perpaduan UMNO – Wan Rosdy

Inisiatif Rumah Bangsa perkukuh perpaduan UMNO – Wan Rosdy

Peruntukan pembangunan Kelantan dinaikkan kepada RM8 bilion – PM

Peruntukan pembangunan Kelantan dinaikkan kepada RM8 bilion – PM