Malaysia jadi negara kuat jika semua kaum bersatu, bersama

MALAYSIA mampu menjadi negara ‘kuat’ dan dihormati sekiranya setiap masyarakat berbilang kaum di negara ini berpaut, bersatu antara satu sama lain.

Legenda badminton, Datuk Lee Chong Wei mengakui semangat itu mengimbau kembali zaman kanak-kanaknya apabila ketika itu masyarakat hidup aman damai tanpa mengira latar kaum.

Menceritakan kenangan puluhan tahun silam, Chong Wei berkata, beliau sempat meminati sukan bola sepak dan pernah bermain dengan kawan-kawannya semasa kecil.

Ketika itu, katanya, seperti ada “wahyu” bahawa kedudukan tiang gol akan ditentukan dengan kedudukan kasut yang diletakkan pada posisi tertentu.

“Kawan-kawan Melayu yang lincah main striker atau playmaker. Kawan India yang kaki maraton main winger. Yang Cina main midfield. Yang (jadi) defend tak kisah kaum. Yang tak boleh lari sangat tapi pandai belajar, nerd… dialah defend.

“Yang jadi keeper biasalah… Mr Big Show kelas. Itulah kita masa main bola, berganding bahu untuk menang. Biasanya main sampai tak tahu malam,” katanya menerusi hantaran di Facebook miliknya, hari ini.

Mengulas lanjut, Chong Wei berkata, semua budak akan bergegas balik bagai lipas kudung, khususnya apabila terdengar azan waktu Magrib, kerana bimbang dimarahi ibu masing-masing, sama ada mereka berbangsa India, Melayu, Cina , Bumiputera atau sebagainya.

“Paling akhir meninggalkan padang permainan, antaranya ialah dirinya sendiri.

“Aku biasanya budak terakhir tinggalkan padang bersama Abeed dan Nagentheran. Aku pemilik bola. Abeed dan Nagentheran pemilik kasut tiang gol,” katanya.

Sehubungan itu, Chong Wei menegaskan dengan amalan sebegitu negara boleh menjadi kukuh dan menguntungkan semua orang tanpa ada mana-mana kaum yang terasa dengan tindakan semata-mata demi kepentingan peribadi.

“Malaysia paling kuat apabila semua kaum bersama. Kami bersorak untuk sukan. Kami memaki hamun sesiapa yang kutuk makanan Malaysia. Kalau badan terkeluar darah, kita sama je. Mana ada darah Cina, Melayu ke India.

“Semua darah merah jenis A, B, AB atau O. Tapi yg pasti, darah kita semua pasti pernah tertumpah di negara ini. Kita sebenarnya sangat sayang negara kita ni.

“Kita sebenarnya sangat sayang negara kita ini. Selamat Hari Kebangsaan, Malaysia tersayangku,” katanya.

Related Posts

10 tawaran utama bukti kesungguhan PH bangunkan Johor, Haniff seru perantau pulang mengundi

PONTIAN – Calon Pakatan Harapan (PH) bagi N.54 Pulai Sebatang, Haniff Hosman menegaskan bahawa 10 Tawaran Utama Johor Untuk Semua merupakan komitmen yang realistik dan menyeluruh bagi memastikan kemajuan negeri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
JKOM perkasa penyampaian mesej MADANI kepada masyarakat India melalui kerjasama dengan MITRA

PUTRAJAYA – Jabatan Komunikasi Komuniti (JKOM) akan memperkukuh penyampaian mesej Kerajaan MADANI kepada masyarakat India menerusi kerjasama strategik dengan Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (MITRA), termasuk penghasilan kandungan dalam bahasa…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

10 tawaran utama bukti kesungguhan PH bangunkan Johor, Haniff seru perantau pulang mengundi

10 tawaran utama bukti kesungguhan PH bangunkan Johor, Haniff seru perantau pulang mengundi

JKOM perkasa penyampaian mesej MADANI kepada masyarakat India melalui kerjasama dengan MITRA

JKOM perkasa penyampaian mesej MADANI kepada masyarakat India melalui kerjasama dengan MITRA

BUDI Diesel: Pengguna puji kelancaran sistem MyKad, harap prosedur kuota tambahan dipermudah

BUDI Diesel: Pengguna puji kelancaran sistem MyKad, harap prosedur kuota tambahan dipermudah

Lindung 24 jam bukti keberkesanan, Perkeso bayar lebih RM1.2 juta dalam bulan pertama

Lindung 24 jam bukti keberkesanan, Perkeso bayar lebih RM1.2 juta dalam bulan pertama

10 lelaki ditahan terlibat salah guna dadah

10 lelaki ditahan terlibat salah guna dadah

Tidak wajar lantikan Azam di NFCC dijadikan hukuman awam tanpa keputusan autoriti

Tidak wajar lantikan Azam di NFCC dijadikan hukuman awam tanpa keputusan autoriti