Penyelesaian isu air fokus Hazem Mubarak di Sg Manila

SANDAKAN – Penyelesaian maslaah dihadapi rakyat khususnya bekalan air menjadi keutamaan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai (Sg) Manila, Hazem Mubarak Musa selepas diberi mandat memimpin kawasan itu.

Beliau berkata, isu berkenaan telah dibangkitkan pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang pertama baru-baru ini sebagai suara mewakili rakyat yang terkesan dengan masalah bekalan air.

“Bagi saya, paling penting mengatasi masalah-masalah asas yang ada di Sg Manila selepas itu barulah kita boleh merancang dan mengakhiri agenda pembangunan yang lebih menyeluruh.

“Kerisauan dan kesulitan yang ditanggung rakyat akibat masalah tersebut perlu diberi perhatian segera sebelum sebarang agenda pembangunan dapat dilaksanakan di kawasan berkenaan,” katanya kepada media selepas Majlis Kenduri Kesyukuran Sg Manila, di pekarangan Masjid Raya Sri Aman, Pekan Muhibah, di sini, pada Sabtu.

Menurutnya, walaupun Sg Manila sebagai satu-satunya DUN di kawasan Sandakan yang bersama kerajaan, beliau menzahirkan penghargaan kepada penduduk yang memberi sokongan dan mandat kepadanya.

“Kedudukan ini (wakil rakyat) memberi ruang kepada saya untuk membantu serta menyuarakan isu-isu melibatkan kawasan di Sandakan sama ada di peringkat DUN.

“Jika ada perkara yang perlu saya suarakan demi kepentingan rakyat Sandakan, saya akan lakukan sebaik mungkin, insya-Allah,” katanya.

Related Posts

Polis tingkat kawalan keselamatan susulan kemelut Negeri Sembilan

KUALA PILAH – Polis Negeri Sembilan mengambil langkah mempertingkat kawalan keselamatan di seluruh negeri susulan perkembangan kemelut semasa bagi memastikan keadaan kekal aman dan terkawal. Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Generasi muda perlu hayati sejarah, pertahan kemerdekaan

KOTA BELUD – Generasi muda perlu memahami sejarah kemerdekaan dan pembentukan Malaysia bagi memastikan kebebasan yang diwarisi terus dihargai serta dipertahankan. Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (JKOM) Zon Sabah dan Wilayah…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Polis tingkat kawalan keselamatan susulan kemelut Negeri Sembilan

Polis tingkat kawalan keselamatan susulan kemelut Negeri Sembilan

Generasi muda perlu hayati sejarah, pertahan kemerdekaan

Generasi muda perlu hayati sejarah, pertahan kemerdekaan

Penerbangan percubaan sulung catat sejarah, Bebuling STOLport sedia pacu ekonomi Betong

Penerbangan percubaan sulung catat sejarah, Bebuling STOLport sedia pacu ekonomi Betong

Pemilikan rumah komitmen jangka panjang, bukan sekadar aset – Adam Yii

Pemilikan rumah komitmen jangka panjang, bukan sekadar aset – Adam Yii

Disangka haiwan buruan, lelaki maut ditembak rakan sendiri

Disangka haiwan buruan, lelaki maut ditembak rakan sendiri

Bantuan peralatan Sejahtera MADANI RM180,000 perkasa 36 graduan vokasional, penerima eKasih

Bantuan peralatan Sejahtera MADANI RM180,000 perkasa 36 graduan vokasional, penerima eKasih