KePKAS, MOTAC kerjasama rapat tangani isu pelancongan di Sabah

KOTA KINABALU – Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar (KePKAS) Sabah bekerjasama rapat dengan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) dalam menangani isu pelancongan di Sabah.

Perkara itu dibincangkan dalam pertemuan rasmi Menterinya, Datuk Jafry Ariffin bersama Menteri MOTAC, Datuk Seri Tiong King Sing yang membincangkan pelbagai isu strategik berkaitan sektor pelanconga, pada Jumaat.

Jafry berkata, pertemuan itu memfokuskan kepada isu-isu yang memberi kesan langsung terhadap pengalaman, keselamatan serta kebajikan pelancong domestik dan antarabangsa yang berkunjung ke negeri ini.

“Antara perkara utama yang dibincangkan ialah isu keselamatan pelancong, termasuk pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) bagi pengangkutan bot pelancong, aktiviti selam skuba dan sukan air, serta keadaan infrastruktur pelancongan awam yang uzur dan berpotensi menjejaskan keselamatan pengunjung.

“Perbincangan turut menyentuh isu perlesenan dan kelulusan, melibatkan pengusaha dan pemandu pelancong tidak berlesen, penyalahgunaan lesen, operasi tanpa kelulusan sah, promosi pakej oleh pihak tidak bertauliah serta ketidakjelasan status kelulusan pembinaan premis pelancongan seperti hotel dan resort,” katanya dalam kenyataan media, pada Sabtu.

Jelas Jafry, aktiviti pelancongan haram atau tidak sah turut diberi perhatian serius, termasuk operasi bot melalui jeti haram atau tidak berdaftar, penyalahgunaan pas lawatan sosial, kutipan fi kemasukan pulau secara tidak sah, operasi tanpa permit pihak berkuasa tempatan, penggunaan kenderaan pelancongan tidak dilesenkan serta aktiviti pemanduan pelancong di kawasan yang tidak dibenarkan.

Jafry menyatakan keyakinan bahawa pendekatan bersama yang tersusun dan berfokus antara MOTAC dan KEPKAS akan memberikan impak positif yang signifikan terhadap pengurusan industri pelancongan negeri, sekali gus memastikan pembangunan sektor ini dilaksanakan secara mampan, selamat dan berdaya saing.

“Dalam pertemuan ini, MOTAC menyatakan kesediaan untuk bekerjasama rapat dengan KEPKAS bagi memperkukuh aspek penguatkuasaan, penyelarasan pelesenan, perkongsian maklumat serta pelaksanaan inisiatif promosi strategik bagi membantu melonjakkan lagi prestasi sektor pelancongan Sabah,” ujarnya.

Beliau turut menegaskan bahawa kerjasama erat antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri adalah penting bagi menangani isu-isu berkaitan pelancong dalam dan luar negara yang berkunjung ke Sabah, serta dalam memelihara reputasi Sabah sebagai destinasi pelancongan yang berkualiti dan bertaraf antarabangsa.

Pertemuan tersebut turut dihadiri Pembantu Menteri KePKAS, Dr. Andi Rizal.

Related Posts

DKU cabar kemuka bukti penyiasatan Tuanku Muhriz sebelum Proklamasi 19 April

SEREMBAN – Dewan Keadilan dan Undang (DKU) Negeri Sembilan mencabar pihak yang mendakwa Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir, sudah melalui penyiasatan yang secukupnya dan sepenuhnya sebelum…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Perpaduan warga Mukah contoh terbaik keharmonian Sarawak – Abdul Yakub

MUKAH – Kehadiran luar biasa seramai 110,772 pengunjung sepanjang tiga hari Penganjuran Program Sarawakku Sayang (SKS) 2026 Bahagian Mukah membuktikan semangat perpaduan dan keharmonian kaum di bahagian ini berada pada…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

DKU cabar kemuka bukti penyiasatan Tuanku Muhriz sebelum Proklamasi 19 April

DKU cabar kemuka bukti penyiasatan Tuanku Muhriz sebelum Proklamasi 19 April

Perpaduan warga Mukah contoh terbaik keharmonian Sarawak – Abdul Yakub

Perpaduan warga Mukah contoh terbaik keharmonian Sarawak – Abdul Yakub

Salah guna syarat lesen, 10 individu dan VNT ditahan

Salah guna syarat lesen, 10 individu dan VNT ditahan

Bayi antara empat maut, kemalangan lori dengan dua kereta

Bayi antara empat maut, kemalangan lori dengan dua kereta

Litar Rasa MADANI semarak F1, peniaga tempatan raih manfaat ekonomi – PM

Litar Rasa MADANI semarak F1, peniaga tempatan raih manfaat ekonomi – PM

Verstappen raih podium di Sepang, ulang kejayaan 2017

Verstappen raih podium di Sepang, ulang kejayaan 2017