Kempen Internet Selamat 2.0 diperluas, libatkan komuniti dan ibu bapa mulai tahun depan

PELAKSANAAN Kempen Internet Selamat 2.0 akan diperluas ke seluruh negara mulai tahun hadapan sebagai langkah memperkukuh keselamatan dalam talian melalui penglibatan aktif pelbagai pihak termasuk ibu bapa dan komuniti setempat.

Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil berkata, kempen berkenaan merupakan usaha bersepadu untuk membentuk masyarakat celik digital serta mewujudkan persekitaran internet yang lebih selamat, khususnya bagi kanak-kanak dan remaja.

Menurut beliau, tanggungjawab memastikan keselamatan siber tidak boleh digalas oleh kerajaan atau agensi penguat kuasa semata-mata, sebaliknya memerlukan komitmen bersama pelbagai pihak termasuk keluarga dan masyarakat setempat.

“Kita perlu menyampaikan mesej yang sama, iaitu memastikan internet selamat. Ia bukan hanya tanggungjawab MCMC, kerajaan atau PDRM, tetapi ibu bapa juga perlu memainkan peranan untuk memastikan anak-anak selamat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Perhimpunan Bulanan Kementerian Komunikasi bagi November dan Disember 2025, di sini, hari ini.

Fahmi turut memaklumkan bahawa satu mega jerayawara Kempen Internet Selamat akan dilancarkan pada Februari depan bersempena Sambutan Hari Internet Selamat (Safer Internet Day), yang disambut sekitar 11 Februari setiap tahun.

Menurutnya, jerayawara tersebut akan melibatkan jelajah ke seluruh negara dengan penyertaan barisan kepimpinan kementerian, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), Jabatan Komunikasi Komuniti (JKOM) serta organisasi masyarakat sivil.

Usaha itu bertujuan memastikan mesej keselamatan internet dapat difahami dan diamalkan secara menyeluruh sehingga ke peringkat akar umbi, sekali gus membentuk ekosistem digital yang lebih selamat dan bertanggungjawab.

Pada tahun ini, lebih 8,500 sekolah melibatkan hampir 400,000 pelajar di seluruh negara telah menyertai Kempen Internet Selamat 2025, mencerminkan peningkatan tahap kesedaran masyarakat terhadap kepentingan keselamatan siber, khususnya dalam kalangan generasi muda.

Related Posts

TMJ anggap saya sahabat, jangan lagi tunggang institusi diraja – Anwar

TANGKAK – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan agar tiada mana-mana pihak menggunakan institusi diraja sebagai alat politik untuk menentang pihak lawan mereka. Sebaliknya, beliau yang juga Pengerusi Pakatan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Hubungan erat Kerajaan Persekutuan-Johor terus diperkukuh demi kesejahteraan rakyat

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menegaskan komitmen untuk terus memperkukuh hubungan erat antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Johor bagi memastikan agenda pembangunan serta kebajikan rakyat…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

TMJ anggap saya sahabat, jangan lagi tunggang institusi diraja – Anwar

TMJ anggap saya sahabat, jangan lagi tunggang institusi diraja – Anwar

Kuasai AI bagi tangani jenayah siber tanpa sempadan – Ketua Polis P.Pinang

Kuasai AI bagi tangani jenayah siber tanpa sempadan – Ketua Polis P.Pinang

Hubungan erat Kerajaan Persekutuan-Johor terus diperkukuh demi kesejahteraan rakyat

Hubungan erat Kerajaan Persekutuan-Johor terus diperkukuh demi kesejahteraan rakyat

Terjejas projek pelebaran Jalan Utara, rumah SMJ jadi nafas baharu

Terjejas projek pelebaran Jalan Utara, rumah SMJ jadi nafas baharu

Lima pekerja kurier dikejarkan ke hospital akibat tumpahan merkuri

Lima pekerja kurier dikejarkan ke hospital akibat tumpahan merkuri

Awang cuba ‘sekolahkan’ Mohd Sany, akhirnya isu bertumbuk makan diri

Awang cuba ‘sekolahkan’ Mohd Sany, akhirnya isu bertumbuk makan diri