Zakat RM1.12 juta perkasa pendidikan agama luar bandar Sabah

KUALA PENYU – Lebih 200 pelajar luar bandar di Kampung (Kg) Kilugus, Kg Melikai dan Kg Sinapokan kini menikmati akses pendidikan agama yang lebih selamat dan teratur menerusi inisiatif zakat Bank Pembangunan Malaysia Berhad (BPMB) bernilai RM1.12 juta.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan BPMB, Datuk Muzaffar Hisham berkata, inisiatif berkenaan direalisasikan melalui penyerahan Sekolah Agama Rakyat Al Ikhlas Kg Kilugus kepada Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS), sekali gus menandakan kejayaan pelaksanaan program pendidikan berasaskan komuniti yang dibiayai menerusi sumbangan zakat BPMB.

“Institusi itu bukan sekadar menyediakan kemudahan fizikal, malah menjadi asas pembentukan sahsiah serta pembangunan masa depan generasi muda di kawasan luar bandar.

“BPMB berbangga dapat menyokong inisiatif yang memberi manfaat nyata dan berjangka panjang kepada komuniti. 

“Sekolah ini membuka peluang pendidikan baharu serta menyokong pembangunan moral, sosial dan pendidikan masyarakat setempat,” katanya menerusi kenyataan media di sini pada Isnin. 

Menurutnya, peruntukan zakat yang disalurkan pada 2022 itu membolehkan pembinaan serta operasi awal sekolah berkenaan dilaksanakan, sekali gus menangani cabaran perjalanan jauh yang sebelum ini dihadapi pelajar untuk mendapatkan pendidikan agama.

Beliau berkata, pemilihan inisiatif itu dibuat menerusi pendekatan penilaian berasaskan impak bagi memastikan setiap sumbangan zakat disalurkan kepada program yang menghasilkan kesan bermakna dan berterusan.

Menurutnya, sumbangan zakat BPMB sepanjang 2025 setakat ini telah menyokong pelbagai inisiatif di seluruh negara dengan nilai keseluruhan RM12.5 juta, mencerminkan komitmen berterusan institusi itu terhadap kesejahteraan komuniti.

Majlis penyerahan sekolah berkenaan turut dihadiri Timbalan Pengarah (Pendidikan) JHEAINS, Siti Zuraihan Ag. Mohd Hussin dan wakil Yayasan Ikhlas selaku rakan strategik bukan kerajaan BPMB bagi inisiatif tersebut.

Related Posts

Rumah sewa dijadikan makmal proses ketum diserbu PGA

PASIR MAS – Taktik seorang lelaki menjadikan rumah sewa sebagai makmal memproses dan menjual air ketum di Gual Periok terbongkar selepas diserbu Pasukan Gerakan Am (PGA) pada Isnin. Serbuan kira-kira…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pertemuan pemimpin PH Negeri Sembilan hanya mesyuarat biasa, bincang persediaan PRN

SEREMBAN – Beberapa pemimpin Pakatan Harapan (PH) Negeri Sembilan mengesahkan pertemuan yang diadakan di Kediaman Rasmi Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun, pagi tadi hanya mesyuarat biasa bagi membincangkan perkara…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kemalangan ragut lima nyawa: Siasat segera, bawa pelaku ke muka pengadilan

Kemalangan ragut lima nyawa: Siasat segera, bawa pelaku ke muka pengadilan

Calon BN Johor akan dimuktamad selepas rundingan parti komponen – Zahid Hamidi

Calon BN Johor akan dimuktamad selepas rundingan parti komponen – Zahid Hamidi

MB Johor maklum hasrat bubar DUN kepada Zahid

MB Johor maklum hasrat bubar DUN kepada Zahid

Rumah sewa dijadikan makmal proses ketum diserbu PGA

Rumah sewa dijadikan makmal proses ketum diserbu PGA

Pertemuan pemimpin PH Negeri Sembilan hanya mesyuarat biasa, bincang persediaan PRN

Pertemuan pemimpin PH Negeri Sembilan hanya mesyuarat biasa, bincang persediaan PRN

Pulau Pinang sukar laksana PRN, PRU serentak – Kon Yeow

Pulau Pinang sukar laksana PRN, PRU serentak – Kon Yeow