Pemuda maut, kereta terbabas sebelum putus dua

MARAN – Seorang lelaki maut manakala kereta Proton Wira dipandunya terputus dua dalam kemalangan di Jengka 11, Bandar Pusat Jengka, dekat sini, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Maran, Superintenden Wong Kim Wai berkata, dalam kemalangan kira-kira jam 8.18 pagi itu, mangsa, Amir Zulfadli Azfar Sanudin, 24 tahun mengalami kecederaan parah dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Menurutnya, kemalangan itu tidak membabitkan kenderaan lain sebaliknya kereta dipandu mangsa dipercayai terbabas sendiri.

“Siasatan awal mendapati kemalangan dipercayai berlaku ketika mangsa dalam perjalanan dari arah Bandar Pusat Jengka menghala ke Jengka 8.

“Ketika tiba di tempat kejadian, kereta dipandunya hilang kawalan lalu terbabas ke sebelah kiri jalan,” katanya, lapor Sinar Harian.

Kim Wai berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Related Posts

Memorial Muzium KD Hang Tuah, bakal ikon pelancongan maritim Perak

LUMUT – Selepas hampir lima dekad menggalas amanah mempertahankan kedaulatan perairan negara, Kapal Diraja (KD) Hang Tuah bakal memulakan legasi baharu apabila dijadikan Memorial Muzium KD Hang Tuah, sekali gus…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pekerja kilang papan gempar jumpa bom tangan, nota ugutan

SUNGAI PETANI – Pekerja sebuah kilang papan di sini gempar apabila menemui satu objek menyerupai bom tangan bersama sekeping nota berbaur ugutan di hadapan pintu masuk pejabat premis tersebut di…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Memorial Muzium KD Hang Tuah, bakal ikon pelancongan maritim Perak

Memorial Muzium KD Hang Tuah, bakal ikon pelancongan maritim Perak

Pekerja kilang papan gempar jumpa bom tangan, nota ugutan

Pekerja kilang papan gempar jumpa bom tangan, nota ugutan

RS-2 terus agenda sifar miskin tegar Selangor

RS-2 terus agenda sifar miskin tegar Selangor

MAHA Pahang 2026 pecah rekod, dihadiri lebih 200,000 pengunjung

MAHA Pahang 2026 pecah rekod, dihadiri lebih 200,000 pengunjung

‘Insya-Allah, akan ada tiket MADANI untuk perlumbaan Formula Satu’ – PMX

‘Insya-Allah, akan ada tiket MADANI untuk perlumbaan Formula Satu’ – PMX

Adalah satu perkara pelik saya tak boleh tegur isu ‘sakau’ – PMX

Adalah satu perkara pelik saya tak boleh tegur isu ‘sakau’ – PMX