Rumah transit lindungi kanak-kanak akan diusahakan – Rina Jainal

TAWAU – Pembinaan rumah transit sebagai pusat perlindungan yang dirancang bersama Pasukan Perlindungan Kanak-Kanak Tawau merupakan satu usaha serius yang akan diusahakan untuk direalisasikan, kata Pembantu Menteri Wanita Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat Sabah, Datuk Rina Jainal.

Beliau berkata, dengan kelebihan berada di peringkat kementerian, adalah diharapkan agar dapat memudahkan pelaksanaan inisiatif berkenaan.

“Ini sebenarnya telah kita cadangkan sebelum ini cuma kita ada kekangan sedikit daripada peringkat PBT dalam kita mengenal pasti rumah yang boleh kita naik tarafkan untuk dijadikan sebagai satu pusat transit.

“Saya melihat ini rumah transit ini adalah satu usaha yang kami akan usaha untuk realisasikannya dan mudah-mudahan dengan kelebihan kita berada di peringkat Kementerian Wanita Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat, Insya-Allah kita akan berusaha yang sebaiknya untuk kita realisasikan juga,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas Program Advokasi Perlindungan Kanak-Kanak: Kasih Kanak-kanak di Auditorium Hospital Tawau, pada Sabtu.

Jelas Rina, keperluan rumah transit dilihat amat mendesak khususnya di daerah Tawau, ditambah lagi dengan peningkatan kes yang berlaku ketika ini.

“Tanpa adanya satu platform yang mencukupi, kita tidak mahu golongan ini terus terpinggir daripada menerima perhatian dan bantuan sewajarnya.

“Justeru, sebagai sebuah masyarakat yang bertanggungjawab, kita perlu mengenal pasti serta menggerakkan sokongan terhadap apa jua usaha yang diikhtiarkan agar ia mampu mengurangkan dan membendung masalah ini daripada terus berlarutan,” katanya.

Mengenai Pusat Autisme Sabah (PAUS) yang akan dibuka di Tawau, Rina yang juga ADUN Kukusan berkata, pusat berkenaan akan dibuka di Taman Didikan Kanak-kanak Kurang Upaya Sri Stella.

“Buat masa ni kita akan tempatkan di Sri Stella kerana ia adalah kawasan yang sangat luas dan berhubung dengan Rumah Warga Emas selain membolehkan kita ada satu pusat yang boleh menempatkan seluruh bantuan atau kebajikan diurus di situ,” katanya.

Terdahulu semasa berucap, Rina menyeru agar setiap individu memainkan peranan sebagai mata dan telinga serta suara kepada kanak-kanak yang memerlukan bantuan.

“Berdasarkan statistik, dari Januari sehingga November tahun ini, sebanyak 261 kes kanak-kanak yang memerlukan pemeliharaan dan pelindungan direkodkan, 40 kes bagi kanak-kanak yang terlibat dengan jenayah, 2 kes kanak-kanak luarkawal dan anak angkat.

“Ingatlah, setiap kanak-kanak yang dilindungi adalah satu masa depan yang diselamatkan,” ujarnya.

Related Posts

Lelaki ditemukan maut di rumah jagaan, lima individu ditahan

IPOH – Kematian seorang lelaki berusia 54 tahun di sebuah rumah jagaan di Tanjung Rambutan, di sini, yang ditemukan mempunyai beberapa kesan kecederaan pada tubuhnya kini diklasifikasikan sebagai kes bunuh.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
10 kru warga asing gagal kemuka dokumen, vesel nelayan ditahan Maritim Malaysia

KOTA KINABALU – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan menahan sebuah vesel nelayan tempatan selepas 10 kru warga asing di atas vesel itu gagal…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pelantikan Timbalan Exco bongkar nafsu kuasa di sebalik ‘penyatuan Melayu’ – Omar

Pelantikan Timbalan Exco bongkar nafsu kuasa di sebalik ‘penyatuan Melayu’ – Omar

Lelaki ditemukan maut di rumah jagaan, lima individu ditahan

Lelaki ditemukan maut di rumah jagaan, lima individu ditahan

10 kru warga asing gagal kemuka dokumen, vesel nelayan ditahan Maritim Malaysia

10 kru warga asing gagal kemuka dokumen, vesel nelayan ditahan Maritim Malaysia

Jauteh seru warga PDRM sambut perubahan, manfaat teknologi demi tingkat kecekapan

Jauteh seru warga PDRM sambut perubahan, manfaat teknologi demi tingkat kecekapan

PKR yakin Kerajaan MADANI kekal stabil, tolak cadangan bubar Parlimen jika DAP keluar Kabinet

PKR yakin Kerajaan MADANI kekal stabil, tolak cadangan bubar Parlimen jika DAP keluar Kabinet

Nelayan, komuniti maritim diingat tidak ambil mudah SOP keselamatan

Nelayan, komuniti maritim diingat tidak ambil mudah SOP keselamatan