Islam agama kasih sayang, belum fikir jadi calon – Ahmad Irshadi

KUANTAN – “Tugas utama saya adalah membantu kerajaan Pahang mempromosikan Islam sebagai agama kasih sayang,” jelas Datuk Ahmad Irshadi Abdullah ketika ditemui The Malaysia Press, semalam.

Beliau adalah antara lima Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lantikan kerajaan Pahang selepas pilihan raya umum (PRU) lalu.

Mengimbas semula detik ditawarkan jawatan itu, Ahmad Irshadi mengakui menjadi ADUN bukan dalam perancangan beliau.

“Setelah tamat pengajian Sarjana lanjutan, saya banyak meluangkan masa (bekerja) di luar Pahang, dan awal tahun 2024, saya ambil keputusan untuk kembali ke Pahang.

“Ketika itu, saya tercari-cari juga, apa bentuk sumbangan yang boleh saya bantu negeri ini dan laluan itu dibuka secara tidak sengaja ketika bulan Ramadan tahun sama,” katanya.

Namun, jelasnya, segalanya sudah ditentukan Allah dan beliau dihubungi Exco Kanan Pahang, Datuk Seri Syed Ibrahim Syed Ahmad sekitar bulan April 2024.

“Datuk Seri Syed Ibrahim minta saya hantar resume… saya rasa pelik, untuk apa agaknya… cuma, ketika itu soalan berkenaan saya tanya kepada diri sendiri sajalah.

“Saya maklumkan, nanti saya serahkan (resume) sebab saya ingat nak serahkan sendiri secara ‘by hand’.

“Tapi sehari selepas itu (kali pertama beliau hubungi), beliau WhatsApp dan minta saya hantar segera dalam format PDF.

“Akhirnya, selepas beberapa ketika saya berpeluang juga bertemu Datuk Seri Syed Ibrahim,” katanya.

Ahmad Irshadi yang juga pengasas Maahad Tahfiz Tengku Ampuan Afzan, Pekan kemudiannya mengangkat sumpah sebagai ADUN Lantikan pada 4 September 2024.

Selain beliau, turut mengangkat sumpah pada tarikh sama adalah Ketua MCA Bahagian Temerloh, Datuk Wong Tat Chee; Ketua UMNO Bahagian Jerantut, Haris Salleh Hamzah; Pengerusi Amanah Pahang, Mohd Fadzli Mohd Ramly dan wakil PKR Pahang, Rizal Jamin.

Ditanya sama ada mempunyai perancangan untuk menjadi ADUN atau bertanding dalam PRU akan datang, beliau menegaskan itu bukan keutamaan buat masa ini.

“Saya perlu selesai terlebih dahulu tugas dan amanah yang diberikan kerajaan Pahang, tidak terlintas lagi dalam fikiran saya untuk bertanding di mana-mana kawasan.

“Lagipun, saya bukan ahli politik… lantikan ini pun berdasarkan kemahiran yang saya ada dalam memakmurkan lagi Islam di Pahang.

” Tidak lupa saya ucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Menteri Besar, Datuk Seri Diraja (Wan Rosdy) yang memberi kepercayaan kepada saya dilantik menjadi ADUN Lantikan dan diberi amanah mengendali bidang agama Islam,” jelasnya.

Related Posts

Nyatakan alasan kukuh tunda sidang DUN – Fathul Bari

KANGAR – Ketua Bahagian UMNO Kangar, Datuk Dr. Fathul Bari Mat Jahya menggesa kerajaan negeri tampil memberikan penjelasan jelas berhubung penangguhan Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis yang dijadualkan berlangsung…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Jeti haram, pelancong berisiko: KePKAS bertindak tegas bersih Semporna

SEMPORNA – Masalah jeti haram, pengusaha pelancongan tanpa lesen dan keselamatan pelancong kini menjadi fokus utama kerajaan Sabah. Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Datuk Jafry Ariffin berkata, kementerian mengambil…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Nyatakan alasan kukuh tunda sidang DUN – Fathul Bari

Nyatakan alasan kukuh tunda sidang DUN – Fathul Bari

Jeti haram, pelancong berisiko: KePKAS bertindak tegas bersih Semporna

Jeti haram, pelancong berisiko: KePKAS bertindak tegas bersih Semporna

‎Koperasi pemacu ekonomi rakyat, sumbang RM81.62 bilion – KUSKOP ‎

‎Koperasi pemacu ekonomi rakyat, sumbang RM81.62 bilion – KUSKOP ‎

ECRL perlu kaji semula cadangan 70 peratus kargo, 30 peratus penumpang

ECRL perlu kaji semula cadangan 70 peratus kargo, 30 peratus penumpang

Inisiatif Rumah Bangsa perkukuh perpaduan UMNO – Wan Rosdy

Inisiatif Rumah Bangsa perkukuh perpaduan UMNO – Wan Rosdy

Peruntukan pembangunan Kelantan dinaikkan kepada RM8 bilion – PM

Peruntukan pembangunan Kelantan dinaikkan kepada RM8 bilion – PM